“Kenapa Berpisah? Sebab Anak Ke?” – Demi Raih ‘Views’, Individu Tergamak Buat ‘Fake Account’ Pasal Perpisahan Zulin

Kehidupan

“Kenapa Berpisah? Sebab Anak Ke?” – Demi Raih ‘Views’, Individu Tergamak Buat ‘Fake Account’ Pasal Perpisahan Zulin

Hantaran dimuat naik oleh pelakon dan pengacara, Zulin Aziz di Instagram menimbulkan tanda tanya selepas dia seperti memberi gambaran sudah berpisah dengan suami, Farhan Norzaini.

Dia bagaimanapun menafikan bahawa ia adalah gimik dan tidak mahu mengulas lanjut berkenaan hal tersebut kerana mahu bersendirian.

Advertisement

Zulin aziz mental koyak bercerai
2 years ago

Kisah Cerai Bukan Gimik, Zulin Aziz Enggan Buka Aib - "Mental Dah Cukup Koyak"

Zulin turut meminta semua orang untuk mendoakan yang terbaik untuk dia dan suami melalui ujian ini selain turut meminta maaf kerana tidak akan membuka cerita.

Dalam pada itu, tular video sedih di TikTok tentang perpisahan Zulin dan suaminya dan ia meraih perhatian ramai selepas akaun tersebut memuat naik bukan hanya satu, tetapi banyak video disunting.

Akaun tersebut telah didaftarkan oleh individu tidak bertanggungjawab yang tergamak menggunakan berita perpisahan selebriti untuk meraih views.

Berdasarkan tinjauan Beautifulnara, individu terbabit telah memuat naik sebanyak 11 video (setakat artikel ini ditulis) dan semuanya berkaitan dengan perpisahan Zulin serta suami.

Semua video disunting dengan meletakkan ayat-ayat sedih membabitkan cinta dan rumah tangga yang runtuh disebabkan rasa kecewa.

Sementara itu, ramai yang tidak sedar bahawa ia adalah fake account dan kebanyakan video telah meraih ratusan ribu tontonan serta komen daripada netizen.

Kalau nak tahu, ini akaun TikTok sebenar Zulin dan dia sendiri tidak ada memuat naik video suntingan berkenaan perpisahannya dengan suami di media sosial itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...