Semua orang nak kurus dan punya badan idaman masing-masing. Tetapi tak semua mampu untuk memulakan langkah pertama memastikan misi untuk kurus tu berjaya.
Ada sesetengah pendapat mengatakan jangan minum air seju, jangan makan nasi, jangan makan malam untuk kurus. Tetapi berlainan pula dengan pendapat ini yang mengatakan : Jangan ‘BERJOGGING” Kalau Nak Kurus .
Jom baca perkongsian di bawah ni..
Ramai yang nak kurus akan mula dengan latihan berjogging. Ada yang sampai jogging tiap hari, pagi dan petang. Dua kali sehari latihannya, macam nak jadi atlit larian jarak jauh.
Boleh buat begitu kalau anda memang nak turut serta program larian-larian marathon. Tetapi untuk menjadi kurus, berotot, bebas lemak, dan sihat, berjogging bukanlah ubat utama yang anda patut ambil!
Kenapa Bukan Berjogging?
Jogging adalah sejenis latihan aerobik yang melatih ketahanan.
Memang ia membakar banyak kalori tetapi kalori yang dibakar adalah hanya semasa anda bersenam sahaja. Macam mana nanti anda dah pulang ke rumah?
Makan semula tambahkan kalori, rehat tak bakar kalori (daripada senaman).
Betul, kalori tetap terbakar tetapi kita bercakap tentang kadar pembakaran kalori semasa rehat. Takkan nak kena jogging sepanjang masa? Di sinilah masuknya latihan yang berintensiti tinggi dan melatih otot badan.
Cara Betul Kekal Kurus
Untuk membakar lemak dalam jangka masa panjang dan kekal kurus, sebenarnya bukan dengan berjogging tetapi dengan mengangkat bebanan. Atau, dengan kata lain, latihan di gym.
Kenapa anda patut bina otot dahulu untuk membakar lemak?
1. Otot Tingkatkan Metabolisme
Apabila anda membina otot, badan anda akan naik kadar metabolisme secara semula jadi. Ini menjadikan badan anda membakar lebih banyak kalori semasa rehat daripada biasa.
2. Otot Menggunakan Tenaga
Apabila anda memiliki banyak otot, ia juga bermaksud anda akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk pergerakan seharian. Sekali gus, ini mendorong kepada pembakaran kalori yang lebih dalam sehari.
3. Otot Meningkatkan Sensitiviti Insulin
Dengan membina otot juga, anda meningkatkan keberkesanan pengagihan nutrisi dalam badan terutama sekali pengagihan karbohidrat yang anda makan.
Karbohidrat adalah gula dan ia mudah disimpan menjadi lemak. Bina otot supaya nutrisi dapat diserap otot dengan baik, bukannya oleh sel lemak.
Pendek kata, untuk membakar lemak, anda kena mula dengan membina otot dahulu untuk meningkatkan metabolisme badan anda secara semula jadi.
Proses anda akan lambat sedikit, tetapi ia lebih berkesan dan bertahan lama. Kualiti hasil yang anda dapat juga akan lebih memuaskan daripada berharap kepada berjogging sahaja.
Sumber: aiman radzi mesotropin.com