Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kenapa Berjenaka Sehingga Aibkan Orang, Satu Dewan Mentertawakan Wanita Terbabit Sehingga Dia Kemurungan – Fazura

Baru-baru ini agak kecoh dengan kontroversi dimana Faezah Elai didakwa sengaja menyindir bentuk badan seorang wanita yang mewakili pelakon Nur Fazura untuk menerima trofi di Anugerah Telenovela 2018. Namun, Faezah menyatakan beliau sama sekali tidak berniat unutk ‘body shaming’ dan sekadar melawak sahaja.

Advertisement

Bagaimanapun, Fazura tetap merasakan apa yang dilakukan oleh Faezah sebagai satu perkara yang memalukan dan sudah mengaibkan orang lain sehingga menyebabkan wanita yang mewakilinya itu murung seketika saat satu dewan mentertawakannya.

Kenapa perlu berjenaka sampai tahap mahu mengaibkan orang? Kalau di Amerika Syarikat, mana-mana artis yang bersikap sebegitu sudah lama digam dan ditamatkan program mereka. Tetapi di negara ini, boleh pula orang suka (jenaka sebegitu). Satu dewan, termasuk pengacara, turut mentertawakan wanita terbabit sehingga dia kemurungan seketika.

Sebagai selebriti, saya rasa perlu untuk bersuara bagi mewakili individu yang tidak dapat menyuarakan hak mereka. Saya takkan berdiam diri walaupun ada yang meminta untuk berbuat begitu.

Pada masa yang sama, Fazura turut mengecam seorang pelawak wanita popular yang mempertahankan tindakan Faezah dan menganggap isu tersebut tidak serius kerana ia sekadar gurauan sahaja. Buat Fazura, seorang pelawak tidak perlu untuk mengaitkan bentuk fizikal seseorang orang dan melakukan lawak yang lebih bernas.

Saya tidak setuju dengan pendapat itu. Sebagai pelawak, dia seharusnya mencari bahan jenaka lebih bernas tanpa mengaitkan bentuk fizikal seseorang ataupun apa saja perkara sensitif. Mungkin perkara itu tidak terkena pada dirinya sendiri, jadi bolehlah dia berkata demikian. Jika itulah idea bahan jenaka yang diagungkan olehnya, ia sangat memalukan.

Lawak tentang bentuk fizikal seseorang ataupun ‘body shaming’ termasuk sebagai salah satu kategori buli. Meskipun berniat sekadar gurauan, ia sebenarnya mampu mendatangkan kesan yang buruk kepada orang lain seperti kurang keyakinan diri, stress atau lebih parah depresi. Jadi beringatlah sebelum berkata-kata ataupun melawak.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

168 Comments

  1. Anonymous

    August 2, 2018 at 8:27 pm

    Itu la effect dia. Mak punye perangai anak2 mendapat. Dh jd mak pak pun tak reti nak tunjuk contoh baik kt anak2. Nasib la anak, hadap la perangai mak pak sorang2. Dah kena baru beringat. Awal2 tak nak ingat tp otak ada xnk guna.

  2. Bawang Blender Halus

    August 2, 2018 at 3:44 pm

    Aku le kalau jumpa jihan n faezah ilai nie memang aku ludah kahak kat muka sorang2… korang dulu buruk rupa macam berok lupe ke??? dah le puteh fake .. lagi nak hina2 orang plak… jihan dah le gigi kedepan 5cm kalau tesungkur sure terpacak kat tanah… ada anak pun buruk rupa.. masih tak sedor2…
    kalau aku buat lawak pasal mak bapak ko tah buat dosa apa ada anak buruk macam ko agak2 ko leh jadi punchline tak??? tanya jekk

    • Anonymous

      August 2, 2018 at 4:06 pm

      mrh kn mkbapak…jgnlah anak jdi mangsa.

  3. bawang holland

    August 2, 2018 at 3:37 pm

    jihan.. ko kate nak melawak pun susah??? itu punchline??? kalau aku nak melawak kate mak bapak ko buruk sebeb lahirkan ko yang serupa org asli tuh ko sentap x??? gigi 3cm kedepan dulu ko lupe ke… belapis2 lagik.. x sedar ke??? tanya jek ..
    faezah plak macam anak hindu dulu lupe ke???? korang puteh fake.. sedar laa wahai manusia jahanam..

  4. Bawang Blender Halus

    August 2, 2018 at 3:25 pm

    Lawak la jihan… lupe ke rupa ko masa mula mula masuk industri ini… dengan gigi jonjang.. kulit itam.. muka buruk… kalau orang melawak ko boleh Chill ke ???? so satu jek nk pesan kat ko jihan… buruk cantik Allah cipta.. wajib terima.. tapi kalau buruk pastuh biadap… memang sial laa kalau ko idop dalam dunia nie!

  5. jehanfaezaiilaisampah

    August 2, 2018 at 9:12 am

    jihan ini bukan angah raja lawak yang ko boleh buat bahan utk buat lawak. nampak sangat ko ni setakat situ je la, aku rasa klu kena sedara mara ko yang gemok kena bahan atas pentas yang di tonton berjuta orang pun boleh kemurungan, tak kan sedara ko guling2 suka orang jadikan dia bahan lawak depan org ramai. bodoh tu simpan sikit, sebengap bengap si faezah ilai tu, ko jangan jadi batu api utk tambah dia bengapp. aku harap tul jehan jongang ni baca kat sini.

Loading...
To Top