July 14th, 2017

Tentu adna tahu sejak beberapa hari ini, perbalahan ataupun salah faham yang berlaku antara penyanyi Sufi Rashid bersama ibunya, Irma Suriana Mahamud viral di media sosial selepas Irma memuat naik status di Facebooknya yang kecewa dengan sikap Sufi yang seakan sudah melupakan dirinya.

Sufi dalam satu kenyataan memberitahu beliau akan cuba untuk menyelesaikan masalah bersama ibunya dan turut menyatakan beliau begitu sayangkan ibunya.

Walaubagaimanapun, Irma menerusi portal mStar Online ingin menegaskan bahawa kenyataan Sufi yang kononnya beliau menyayangi ibunya adalah palsu dan hanya ingin meraih simpati peminat.

Kenapa berbohong pada masyarakat kononnya dia sayangkan emak, doakan emak? Hakikatnya semua itu bohong dan dia hanya gunakan kata-kata untuk menagih simpati agar peminat terus menyokongnya. Saya sayang semua anak-anak saya tetapi kenapa bila dia dah berjaya, bila ramai di sekelilingnya saya orang pertama dia padam daripada hidupnya?

Dia sanggup sediakan tempat berteduh untuk orang lain sedangkan dia tahu saya hampir-hampir kehilangan tempat tinggal sebelum ini. Dia potong talian telefon saya, ganti kata laluan wifi di rumah dan sekat nombor saya dari telefon adiknya agar saya tidak dapat menghubunginya jika berlaku kecemasan. Saya sembunyikan penyakit saya apabila doktor mengesahkan saya mempunyai masalah buah pinggang tahap tiga. Apakah ini yang dia kata dia sayangkan emaknya?.

Irma juga berkata apa yang beliau lakukan bukanlah untuk meraih publisiti sebaliknya mahu menyedarkan Sufi atas segala perbuatannya.

Saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya kerana tiada ibu di dunia ini mahu melihat anak-anaknya susah kerana saya sudah melalui kehidupan daif membesarkan tiga cahaya mata sendirian. Semoga Allah selubungkannya dengan hidayah.

Pada masa yang sama, Irma tetap menuntut Sufi untuk memohon maaf secara terbuka kerana membuat tuduhan palsu terhadap beliau dan adik-beradiknya sehingga masyarakat menganggap Irma berada di pihak yang bersalah. Jika Sufi masih berdegil, Irma tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah dan segala kebenaran akan didedahkan.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...