Fynn Jamal bukan sahaja terkenal sebagai penyanyi tetapi ramai sebenarnya yang mula mengenali beliau menerusi beberapa nukilan di blognya beberapa tahun.
Kata orang, segala tulisan serta puisi yang ditulis oleh Fynn mempunyai jiwanya tersendiri dan cukup kena dengan keadaan kehidupan seharian yang dilalui oleh manusia setiap hari. Memang mendalam betul maksud dalam karyanya itu.
Kali ini, nukilan Fynn mengenai kewujudan seekor binatang iaitu babi telah menjadi viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi oleh mereka yang membacanya.
Nak tahu apa yang di tulis oleh Fynn? Jom baca hasil nukilan beliau dibawah:-
Ketika aku di tingkatan 4, aku pernah bertanya pada guru agama kelas aku: kalau allah itu tidak pernah sia2 dan mensia2kan, kenapa dia ciptakan babi?
nak dimakan tak boleh. nak dipegang tak boleh. nak dijadikan tunggangan tak boleh. nak dibuat pakaian tak boleh.
ok boleh je sertu. but you know what i mean. jawapan yang aku dapatkan memang best. sampai sekarang aku takkan lupa.
cikgu aku jawab: sebab nak jadi bukti betapa manusia itu memang fitrah suka melawan. degil. betul, kan?
babi adalah satu simbolism kepada kedegilan kita manusia. kalau tidak kepada kita individu– kepada manusia secara general. kita memang suka saja2 nak benda yang tak boleh pada kita.
sama konsepnya dengan adam as dengan pokok quldi. Allah menghalalkan SEMUANYA kecuali satu. yang satu jugalah yang menjadi sebab tercampaknya baginda ke bumi. of course– dengan tipu helah iblis. tapi itu sudah memang kerja dia. nak marah pun tak boleh. allah dah lama bersumpah memang iblis akan kena di akhirat nanti.
kita ni. kenapa masih degil?
sebanyak2 perempuan dalam dunia– kenapa nak yang isteri orang? sebanyak2 harta dalam dunia– kenapa nak mencuri untuk kaya? sebanyak2 kerja dalam dunia– kenapa tetap nak pilih kerja yang haram?
sebab kita degil. frown emoticon dan bila kita dah pilih utk jadi degil, kita persembahkan 500 helai kertas kajang untuk menjustifikasi kedegilan yang kita memang tau salahnya.
haih.
babi cuma sejenis simbolism tentang kedegilan manusia. yang kalau benda boleh dipegang dinampak pun kita ingkar– apa lagi perkara2 yang hanya mampu ditaakul akal yang berfikir.
- rata2 kita semua tak pernah makan babi. tak ingin sentuh babi. tapi segala perkara2 yang tidak boleh yang lain? yang tak terjelas? Macam mana…?
kita bukan main risau kalau datang bab babi. bukan main jaga2. tahap nak lafaz perkataan babi pun rasa berdosa. tapi fitnah, keji, rasuah, aniaya, adu domba, rompak, tipu daya? itu semua macammana…?
haih la jiwa raga. sebanyak2 lubuk pahala dalam dunia– kenapalah kau masih selesa untuk tak risau dengan dosa2? benda yang tak boleh juga yang dikehendakkannya.
Allah itu tidak sia2. dari babi pun kita patut cari diri kita. semua benda– mesti ada sebabnya.