Sejak tahun lalu, kontroversi rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof menjadi perhatian umum setelah pelakon wanita berkenaan mendedahkan adanya ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga mereka.
Biarpun pada mulanya menafikan mengenai hal terbabit, tetapi pada 6 Januari, pengarah tersebut mengakui sudah pun menikahi Ira Kazar iaitu individu yang didakwa menjadi punca rumah tangga Puteri Sarah retak.
Terbaharu, Puteri Sarah memuat naik hantaran status di Instagram Story memberitahu dirinya tergamam setelah anak sulung, Syaikhul Islam bertanya tentang status bapanya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Syaikhul turut bertanya jika bapanya iaitu Syamsul Yusof sudah pun mempunyai individu lain dalam kehidupannya dan menjadi sebab utama sudah tidak pulang ke rumah mereka lagi.
Susulan itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu menasihati kaum lelaki di luar sana untuk fikir panjang sebelum membuat keputusan mahu berpoligami.
Lelaki-lelaki kat luar sana, sebelum nak perjuangkan poligami itu sunnah, belajar balik agama Islam ya.
Sekadar info, Puteri Sarah sudah pun memfailkan perceraian dengan suami pada minggu lalu dan tarikh sebutan permohonan cerai bakal berlangsung pada 7 Mac 2023 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.