Disclaimer: Gambar Awal dan Scha di atas hanyalah sekadar hiasan
Sebenarnya kami agak kepelikan dengan sikap dan mentaliti artis-artis Malaysia nie. Contoh terbaik mungkin ialah Fasha Sandha yang baru-baru ini mengakui yang dia dan Jejai sebenarnya memang sedang bercinta. Tapi seperti yang semua sedia maklum, rasanya dah berkurun jugak kita tahu diorang berdua nie couple.
Kenapa agak-agaknya artis-artis Malaysia nie malu nak mengaku diorang bercinta? Contoh macam Awal dan Scha. Kalau tengok gambar-gambar kat Facebook dan ayat-ayat Twitter diorang berdua, nampak jelas yang keduanya dilamun cinta. Tapi bila keluar suratkhabar kedua-dua cuma cakap yang mereka adalah kawan biasa.
Kami respek sangat dan tabik spring kepada Fizz Fairuz dan Almy Nadia yang tak segan silu mengaku yang mereka berdua memang pasangan kekasih. Rileks jer. Ada jatuh populariti? Tak ada pun. Malah Fizz Fairuz makin banyak berlakon drama lagi adalah. Meletup-letup jugak namanya.
Yang peliknya bila ditanya sama ada si dia iaitu kekasih diorang taknak pulak mengaku. Tapi kalau ada orang mengorat, habis keluar api amarah. Nak marah buat apa kalau anda sendiri yang cakap di suratkhabar si dia bukannya pakwe/makwe anda. Tak gitu?
Kami rasa artis-artis Malaysia ini masih menganggap peminat-peminat mereka berada di mentaliti yang rendah. Kononnya kalau buat pengumuman ada pakwe/makwe, maka populariti akan jatuh merudum. Tak ada orang minat dah.
Jikalau ada artis yang sedang membaca ini, marilah kami bagitau yang kami ini sebenarnya sudah matang belaka. Kami menilai anda dari segi bakat dan mutu lakonan anda. Kami tak kisah pun kalau anda dah ada pakwe ke makwe. Lagi kami suka adalah.
So jangan malu-malu atau segan-segan ye. Atau sebenarnya diorang ada sebab lain untuk merahsiakan perkara-perkara cinta ini?