Ibu bapa mana yang tidak mahu anak-anak cemerlang? Kita akan sedih sesekali bila mengenangkan anak-anak yang tidak berapa cemerlang dalam pelajaran.
Kadangkala perasaan cemburu akan timbul jika ada kawan-kawan kita yang menceritakan kejayaan anak-anak mereka di dalam media sosial.
Namun setiap manusia ini telah dilahirkan dengan kemahiran yang berbeza-berbeza, jadi sebagai ibu bapa kita hanya perlu membimbing mereka sebaik mungkin untuk menjadikan mereka manusia yang berguna di dunia dan akhirat.
Namun berbeza perkongsian wanita ini. Beliau dikatakan kecewa dengan anak lelakinya yang berusia 7 tahun kerana tidak disenarai sebagai penerima anugerah cemerlang di sekolah.
Anugerah cemerlang di sekolah
Selalunya, setiap sekolah akan membuat majlis anugerah cemerlang buat pelajar yang mendapat prestasi cemerlang. Disebabkan itu wanita ini berasa kecewa dengan anaknya yang tidak tersenarai.
Aku meletakkan harapan yang tinggi kerana hanya dia anak yang aku ada.
Ketika peperiksaan akhir tahun beliau bertungkus lumus mengajar anaknya untuk mendapat markah yang cemerlang.
Aku rasa aku dah cover 100% silibus dalam buku teks anakku, tapi aku ralat dan kecewa kerana dia tidak dapat markah 100% pun dalam mana-mana subjek.
Malah ada jugak subjek yang dapat B.
Cemburu dengan kawan-kawan kerana anak-anak cemerlang dalam pelajaran
Beliau dan suami dahulunya adalah seorang yang cemerlang ketika belajar, oleh sebab itu beliau sangat sedih anaknya tidak menjadi salah seorang penerima anugerah cemerlang.
Melihat rakan-rakan Facebook dan Instagram masing-masing post gambar keputusan cemerlang dan anugerah yang anak mereka dapat, buatkan aku rasa seolah-olah ibu yang gagal.
Gagal dalam mendidik anak aku menjadi cemerlang. Aku tidak tahu mana silapnya, mana salahnya. Aku stress sorang-sorang.
Kebijaksanaan anak adalah dari ibu dan ayah
Wanita ini juga mengatakan sepatutnya seorang anak itu mewarisi kepandaiaan ibu bapa mereka tetapi anaknya tidak.
Sedangkan anak aku merupakan anak seorang doktor pakar dan pensyarah tapi tidak dapat keputusan yang sebegitu.
Ini lebih tertekan apabila melihat sepupu dan saudara-mara yang naik ke pentas menerima hadiah.
Semua post gambar di group WhatsApp keluarga. Tapi anak aku?
Anak tunggal
Harapan beliau dan suami sangat tinggi untuk kejayaan anak mereka kerana anak ini satu-satunya anak dalam keluarga kecil mereka.
Aku takut, aku tersilap dalam mendidik. Aku takut, aku tersalah dalam mengajarnya. Kerana peluang aku membesarkannya hanya sekali.
Aku tiada anak lain lagi. Dia lah satu-satunya anak aku. Aku cuma berharap dia berjaya dunia dan akhirat.
Tidak terima anugerah cemerlang tak bermakna seorang anak itu gagal. Menerima anugerah atas pencapaian memang indah, akan tetapi anak itu adalah anugerah tuhan yang jauh lebih indah dari anugerah manusia.