“Kenapa Amik Gambar Macam Ni, Dulu Dah Elok Tutup Aurat” – ‘Posting’ Hari Ibu Ditegur, Peminat Emma Maembong Kecewa

Hiburan

“Kenapa Amik Gambar Macam Ni, Dulu Dah Elok Tutup Aurat” – ‘Posting’ Hari Ibu Ditegur, Peminat Emma Maembong Kecewa

Sedia maklum, pada tanggal 14 Mei, satu dunia menyambut hari istimewa dan memperingati pengorbanan wanita-wanita yang sudah melahirkan anak mereka.

Tidak terkecuali, pelakon Emma Maembong turut mengambil kesempatan menyambut hari tersebut dengan memuat naik gambar bersama ibunya berserta ucapan di bahagian kapsyen.

Advertisement

emma maembong hari ibu

Dalam pada masa yang sama, di akaun Instagram anaknya pula, Shariq Gabriel, turut ada ucapan sayang buat ibu tercinta sempena hari ibu sedunia dan ramai memuji kecantikan aktres tersebut di dalam gambar yang dimuat naik.

Bagaimanapun, ada juga beberapa netizen yang kurang senang dengan cara pemakaian Emma di dalam gambar tersebut, dimana di bahagian bahu sengaja didedahkan.

komen netizen

komen netizen

Biarpun ‘ditegur’ secara umum, Emma sama sekali tidak mengambil pusing serta tidak menghiraukan langsung dengan teguran tersebut.

Sekadar info, Emma Maembong dan suami, Shazli Azhar disatukan pada tanggal 20 Februari 2020. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Shariq Gabriel dan Aryan Shah.

10 months ago

"Selamba Je Bersila, Dukung Anak" - Netizen Seriau Tengok Emma Maembong Macam Tak Berpantang Betul Betul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...