Penyanyi nasyid dan juga penggiat seni, Cheb Ali Maswari tampil mempersoalkan lagu nyanyian kumpulan De Fam yang berjudul ‘Alamak Raya Lagi’.
Ujar Cheb, tajuk lagu berkenaan seolah-olah dihasilkan tanpa motif yang jelas.
Anak Melayu sendiri nyanyi lirik macam ni, apa mesej yang mereka nak sampaikan? Sepatutnya Alhamdulillah, bukan Alamak Raya Lagi!.
Katanya, lirik lagu itu juga memberi gambaran anggota De Fam tidak melakukan persediaan bagi menyambut ketibaan hari raya Aidilfitri.
Saya faham tak buat persediaan adalah idea utama lagu ini. Tapi, masalah utama yang saya nampak adalah lirik digunakan tidak sesuai dengan sambutan perayaan yang mulia macam seperti hari raya Aidilfitri.
Terutama, perkataan alamak itu. Penulis lirik sepatutnya merujuk kepada seorang yang cukup berpengalaman dan ‘aware’ (peka) dengan sensitiviti terhadap isu-isu tertentu.
Terdahulu, anggota kumpulan De Fam yang dianggotai Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana ini memaklumkan bahawa mereka menghadapi pelbagai cabaran dalam proses menyiapkan lagu raya genre pop, dangdut dan elemen tradisional itu.
Sehingga kini, muzik video lagu Alamak Raya lagi sudah mencapai jumlah hampir 700,000 tontonan dan menjadi sebutan netizen di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.