Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri semalam dilihat membuat pendedahan mengenai sikap bekas suaminya itu dengan isterinya kini,Athira Yuhada ketika mereka masih berada dalam ikatan perkahwinan.
Dalam hantaran tersebut, Shuhada dilihat memuat naik tangkap layar perbualan berbaur lucah yang didakwa dihantar sendiri oleh Athira Yuhada.
Ini perbualan antara pelakor dan bekas sisa saya, untuk pengetahuan, chat ini diberi oleh pelakor sendiri sebab nak buktikan yang dia mampu untuk memuaskan si polan.
Kenapa aku minta cerai? Sebab ini..ini juga perbualan antara pelakon dan bekas sisa. Diberikan kepada saya untuk membuktikan bahawa mereka sangat serius.
Difahamkan, Shuhada bertindak demikian setelah pihak bekas suaminya itu telah ‘menjolok sarang tebuan’ dan menganggunya terlebih dahulu.
Disebabkan sampai conversation mama saya pertahankan saya pun dimalukan, jadi silakan menjamu hidangan.
Jangan jolok sarang tebuan! You touched me? Okey..you touched my mom & my kids, kau habis! jumpa dekat mahkamah.
Sebelum ini, Shuhada ada memberi peringatan kepada Hafidz Roshdi untuk membayar nafkah anak dan tidak hanya berseronok dengan isteri baru.
Hafidz juga memaklumkan bahawa dia sudah menerima tawaran berlakon setelah lama tidak menerima sebarang ‘job’ dalam bidang lakonan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.