“Kenapa Ajar Benda Bahaya Dekat Anak?” – Tular Video Budak 10 Tahun ‘Drive’ Kereta Ke Sekolah

Kehidupan

“Kenapa Ajar Benda Bahaya Dekat Anak?” – Tular Video Budak 10 Tahun ‘Drive’ Kereta Ke Sekolah

Terdahulu, tular di laman TikTok hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan anak lelakinya berusia 10 tahun memandu kereta Perodua Kancil untuk ke sekolah telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dilihat anak lelakinya sedang memandu kereta sambil membawa kakak serta adiknya di tempat penumpang hadapan.

Advertisement

Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku di Pekan Nanas, Pontian dan kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut telah hadir memberi keterangan kira-kira pukul 10 pagi hari ini.

kancil

Bila mama dia lambat sangat nak hantar pergi sekolah, anak 10 tahun bawak kereta pergi sekolah, bawak kakak and adik sekali, hati-hati Qayyum..

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihak polis menasihatkan kepada ibu bapa supaya memandang serius kejadian ini dan ianya merupakan satu kesalahan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dan risau melihat keselamatan kanak-kanak tersebut serta orang sekeliling.

Kalau langgar anak orang? Nyawa anak orang macam mana? – Netizen.

Kenapa ibu bapa suka ajar benda bahaya dekat anak-anak? Hari tu kes basikal lajak, ni ajar budak 10 tahun drive kereta bawa akak dan adik ke sekolah?,” tulis seorang pengguna Facebook.

Advertisement

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tandas
2 minggu lalu

(VIDEO) "Mintak Tolong Kawan Pegang Pintu" - Tular Video Lelaki Berdua Dalam Tandas, Netizen Cuba 'Husnuzon'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...