Written by AbangNara | December 21st, 2011

Kemelut pertengkaran antara ADlin dan Chef Wan kini semakin membara (sila dengar lagu Bara nyanyian Awie sambil membaca entri ini). Walaupun Chef Wan mengakui yang dia tidak membaca pengisytiharan peperangan oleh Adlin di Facebook, namun maklumat tersebut sampai jua ke telinga Chef Wan menerusi rakan-rakan dan saudara mara. Dan hari ini, Chef Wan menerusi Hip Berita Harian mengulas mengenai isu ini.

chef wan dan adlin

Antara kata-kata Chef Wan yang menarik perhatian Abang Nara ialah:-

Saya memang tak baca dan saya dapat tahu pun daripada rakan-rakan dan peminat. Terus terang saya memang tak berminat untuk ambil tahu atau pun melayan sebarang kenyataan yang dikeluarkannya yang saya sifatkan sebagai tidak profesional dan penuh dengan emosional. Saya sendiri tak faham mengapa dia begitu marahkan saya walhal markah markah peserta bukanlah terletak di tangan saya seorang saja. Kalau lihat balik komen saya malam itu pun, rasanya tak adalah mengeluarkan perkataan melampau ataupun menggunakan bahasa yang kurang sopan.

Mengapa perlu mengaitkan perkara ini dengan serangan peribadi? Siapa dia untuk saya berbuat begitu? Mengapa perlu mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan apabila disingkir? Seperti yang saya katakan tadi, kalau lawak dia bagus, saya puji. Sebelum ini sewaktu dia membawakan watak Sangeetha dan Paramjadu, saya puji persembahannya walaupun ada peminat marahkan saya dan mengatakan pujian saya tidak ikhlas. Kalau saya terhibur dengan persembahan mereka, saya puji. Begitulah sebaliknya. Bagi saya, tak perlulah nak peningkan kepala mencari idea lawak sehingga merumitkan situasi. Apa yang penting, kita berikan apa yang penonton mahukan seperti yang dilakukan kumpulan Boboi dan Osbon yang sentiasa mendapat pujian juri.

Fikir punya fikir, betul juga kata Chef Wan. Kalau dah bagus, confirm la kena puji. Kalau tak bagus, kena la tahan telinga untuk dikritik. Easy as ABC. Tak gitu? Adakah Adlin teremosi lebih? Dan Abang Nara pun dah tengok kembali lawak-lawak Adlin sepanjang Maharaja Lawak Mega, serious tak kelakar langsung. Nak gelak kesian pun tak mampu.

Untuk membaca temubual penuh Hip dan Chef Wan, sila baca entri ini sepenuhnya.

Hip: Chef Wan ada baca status Adlin dalam FB yang mahu melancarkan ‘perang’ di laman siber?

Chef Wan: Saya memang tak baca dan saya dapat tahu pun daripada rakan-rakan dan peminat. Terus terang saya memang tak berminat untuk ambil tahu atau pun melayan sebarang kenyataan yang dikeluarkannya yang saya sifatkan sebagai tidak profesional dan penuh dengan emosional. Saya sendiri tak faham mengapa dia begitu marahkan saya walhal markah markah peserta bukanlah terletak di tangan saya seorang saja. Kalau lihat balik komen saya malam itu pun, rasanya tak adalah mengeluarkan perkataan melampau ataupun menggunakan bahasa yang kurang sopan.
Hip: Mungkin kalau bukan kerana Chef Wan membuat komen panjang lebar di status perkara itu tidak akan melarat seperti ini?

Chef Wan:Komentar itu ditulis itu bukanlah kerana saya suka-suka menulisnya. Pihak Astro sendiri yang meminta saya menulis ulasan saya mengenai persembahan keseluruhan setiap peserta untuk sesuatu minggu itu dan mahu saya membuat sebuah blog khas untuk menyalurkan pandangan saya. Saya buat semua itu adalah atas keizinan Astro dan perkara itu tidak perlu dipertikaikan. Bagaimanapun disebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menulis blog, jadi apa salahnya rangkuman komentar saya itu diletakkan di laman FB saya. Kebetulan peminat sendiri bertanyakan pandangan saya mengenai program itu saban minggu. Jadi saya rasa itu adalah cara untuk berkomunikasi dengan mereka yang menggemari program itu sambil bertukar-tukar pandangan.

Hip: Berdasarkan luahannya, Adlin mengatakan Chef Wan tidak layak untuk menjadi juri program itu hanya kerana tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang pelawak.

Chef Wan:Pihak Astro mempunyai alasan apabila memilih mereka yang bukan dari latar belakang pelawak untuk menjadi juri atau pengkritik program itu. Mereka mahu kami mewakili penonton biasa. Bezanya kami dari kelompok profil tertinggi dalam bidang masing-masing. Sebagai orang biasa, jadi kami pun kena memainkan peranan sebagai penonton biasa. Formulanya mudah saja, kalau lawak yang ditonjolkan tak lucu, maka tak luculah. Kalau lawak mereka bagus, secara automatik kita ketawa. Dan siapa kata tiada unsur lawak dalam diri saya. Sewaktu mengacarakan program memasak pun, saya tetap berjenaka dengan penonton. Terus terang, lawak Adlin malam itu memang tidak menjadi. Ditambah dengan aksinya yang mempersendakan bapanya sendiri dan tidak peka dengan isu sensitif, jadi dia adalah calon yang memang layak untuk disingkir malam itu selepas berminggu-minggu berada di kedudukan terkebawah.

Hip: Ada yang menganggap, situasi ini berlaku ada kaitan dengan serangan peribadi.

Chef Wan:Mengapa perlu mengaitkan perkara ini dengan serangan peribadi? Siapa dia untuk saya berbuat begitu? Mengapa perlu mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan apabila disingkir? Seperti yang saya katakan tadi, kalau lawak dia bagus, saya puji. Sebelum ini sewaktu dia membawakan watak Sangeetha dan Paramjadu, saya puji persembahannya walaupun ada peminat marahkan saya dan mengatakan pujian saya tidak ikhlas. Kalau saya terhibur dengan persembahan mereka, saya puji. Begitulah sebaliknya. Bagi saya, tak perlulah nak peningkan kepala mencari idea lawak sehingga merumitkan situasi. Apa yang penting, kita berikan apa yang penonton mahukan seperti yang dilakukan kumpulan Boboi dan Osbon yang sentiasa mendapat pujian juri.

Hip: Rasa menyesal tak menerima tanggungjawab sebagai juri apabila berlaku kontroversi ini?

Chef Wan:Saya adalah seorang yang dikurniakan dengan hati yang keras. Datanglah halangan apapun, saya tetap menempuhinya. Sebelum ini pun banyak perkara kontroversi yang saya lalui dan ia sedikit pun tidak mematahkan semangat saya. Cuma pihak Astro ada juga menawarkan saya untuk menjadi juri program ini untuk musim hadapan tetapi saya tidak memberi kata putus. Bukan mudah menjalankan tugas juri, asyik disumpah orang saja seperti yang berlaku sekarang ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

207 responses to Kenapa Adlin Nak Marah Saya? – Chef Wan

  1. jambu says:

    masa dalam MLM x lawak si adlin nih, tapi lepas keluar(skrg) lawak la pulak, ramai je org hepi tepuk tgn gelak2 sbb dia terhenjot kena kritik

  2. Ashley Burks says:

    This may not be the ideal place to ask this, but I am looking for a pest management business in the pittsburgh area and have no way to find out who’s the very best. I uncovered this business that’s definitely close to me and wanted to see if any individual has any assessments on them. Priority Pest Control, 524 Ross St, Pittsburgh, PA 15219 – (412) 346-6413

  3. The number of good quality content on your site has totally helped me recognize the authority your site contains. Incredible posts and articles seemingly everwhere. Continue the good work.

  4. Noe Carrow says:

    This may not be the most beneficial place to inquire about this, but I’m looking for a pest control provider in the pittsburgh area and have no method to find out who is the very best. I found this company which is really close to me and wished to see if anyone has any reviews on them. Beaver Pest Control Pros, 323 College Ave, Beaver, PA 15009 – (724) 506-8486

  5. I am also commenting to let you understand what a fantastic experience my cousin’s daughter enjoyed checking your site. She learned numerous issues, not to mention what it’s like to have a marvelous giving mindset to make the others just know just exactly various very confusing subject matter. You actually did more than our own expected results. I appreciate you for delivering those effective, trusted, edifying and also fun guidance on the topic to Tanya.

  6. Thought I would comment and say cool theme, did you create it on your own? Really looks awesome!

  7. This might not be the ideal place to ask this, but I’m trying to find a pest control provider inside the pittsburgh region and have no method to find out who’s the best. I found this company that is truly close to me and wanted to see if anybody has any critiques on them. Spectrum Pest Control, 3058 West Liberty Avenue, Dormont, PA 15216 – (412) 446-2802

  8. I have to say that for the past couple of hours i have been hooked by the impressive articles on this website. Keep up the wonderful work.