Kenapa Ada Orang Benci Selebriti Muat Naik Gambar Anak Mereka?

Hiburan

Kenapa Ada Orang Benci Selebriti Muat Naik Gambar Anak Mereka?

Pelik tapi benar. Manusia ini memang macam-macam ragam. Ada senang rasa gembira dengan kebahagiaan orang lain. Namun ramai juga yang jenis pendengki tak boleh tengok orang lain senang. Seperti yang kita sedia maklum, kebelakangan ini ramai selebriti tanah air yang melahirkan anak. Ingin memudahkan perkongsian gambar si comel mereka, ada beberapa selebriti seperti Awal & Scha yang telah membuat akaun sosial seperti Instagram dan Facebook untuk berkongsi perkembangan terkini anak mereka.

awal dan scha

Advertisement

Abang Nara melihat perkembangan ini dengan hati terbuka dan gembira lebih-lebih lagi kecomelan si Lara Alana membuatkan Abang Nara geram dan sentiasa mahu mengetahui perkembangan terkininya. Malah caption-caption yang digunakan juga agak kelakar dan mampu membuatkan Abang Nara tergelak. Namun seperti biasa, ada juga pihak yang tak berpuas hati dan membenci tindakan Awal dan Scha ini.’ Hmmmmm.

anak awal

Selaku seorang ayah, Abang Nara pun selalu juga berkongsi gambar-gambar anak Abang Nara. Bukannya kami nak riak atau ‘show off’. Cuma bila dah ada kemudahan akaun sosial, apa salahnya guna kan? Lagipun follower Abang Nara tak adalah cecah juta-juta. Lebih kepada family members je. Jadi tak adalah orang nak tulis luahan hati macam kat atas ini. Secara jujur, Abang Nara tak nampak apa salahnya perbuatan yang dilakukan oleh Scha dan Awal. Sebaliknya selaku peminat kita wajar rasa gembira kerana mereka berdua rela berkongsi apa yang dilalui oleh Lara Alana sepanjang hari dengan kita.
anak awal

Selepas memberi maklumbalas ‘penyakit dengki’ kepada si penulis di atas, Scha Al Yahya telah pun membuang gambar tersebut. Hmmmm. Kalau si penulis belum bergelar seorang ibu/bapa, Abang Nara rasa tak valid luahan hatinya. Kena jadi mak dan ayah dulu. Baru korang tahu betapa geramnya tengok kecomelan anak sendiri dan keterujaan untuk berkongsi itu memang muncul. Sukar untuk Abang Nara terangkan perasaan tersebut.

Namun setiap orang ada pendapat mereka sendiri. Cuma kalau kita tak buat macam itu, janganlah tuduh orang lain suka show off dan sebagainya. Kalau tak suka, tak perlulah jadi pengikut mereka di laman sosial. Kang lebih senang. Tak gitu?Apa pula pendapat anda? Sumber gambar OhBulan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...