Sedia maklum, Shila Amzah telah pun mengikatkan tali pertunangan bersama kekasihnya, Ubai pada Mei lalu.
Boleh dikatakan pasangan tersebut memang sering melakukan live bersama-sama di laman Instagram ataupun TikTok sejak mengumumkan hubungan mereka.
Baru-baru ini, tular video live mereka sedang bersembang mengenai kursus kahwin dan dalam video terbabit, Shila sempat persoalkan kepada Ubai kenapa dia sudah mempunyai kursus kahwin sedangkan tiada niat untuk berkahwin ketika itu.
Dalam pada itu, Shila juga sempat menjelaskan bahawa ibu tunggal tidak perlu pergi kursus kahwin sekali lagi jika mahu berkahwin kerana sudah tahu hal-hal yang sepatutnya ada dan tidak perlu ada.
Susulan penyanyi tersebut berkata sedemikian, Ubai juga berkongsikan sesuatu seakan-akan memerli tetapi tidak menyatakan nama mana-mana pihak.
Habis tu, kenapa ada sorang laki tu, dah pergi kursus kahwin, tak tahu beranak pulak, mangkuk hayun nafkah tak bagi apa semua, apa masalah dia?
Setelah Ubai berkata seperti itu, Shila terus tersenyum dan memberi amaran kepada tunangnya dengan berkata ‘headline‘.