Masa kecik-kecik, Abang Nara sangat gemar minum Milo. Bukan setakat minum, kadang-kadang masa sarapan siap buat roti dengan Milo lagi. Memang lazat.
Dan time sekolah dulu, Milo yang paling best sudah tentu daripada Milo van yang datang ke sekolah. Sampai sekarang Abang Nara tak faham macam mana Milo daripada van tersebut rasanya memang sedap tak hengat.
Bila dah dewasa nie, Abang Nara jarang minum Milo sebab dah beralih arah ke Nescafe. Pagi-pagi sebelum pergi kerja memang wife Abang Nara akan sediakan segelas Nescafe. Lazat ~~~
Namun satu makanan daripada kecil sampai dewasa yang tetap di hati Abang Nara ialah Maggi. Abang Nara paling suka Maggi kari. Ditambah dengan telur sebijik. Memang sangat kaw rasanya.
Dan tahukah anda yang Milo, Nescafe dan Maggi ini semuanya adalah produk syarikat Nestle. Mesti ada yang tak tahu kan? Dan tahukah juga anda yang produk-produk Nescafe sudah berada di sisi rakyat Malaysia selama 100 tahun? Lama kan?
Abang Nara percaya anda semua ada cerita tersendiri bersama dengan produk Nestle. Macam Abang Nara ada kisah makan Maggi beramai-ramai di dalam baldi ketika di asrama dulu. Atau bergaduh dengan adik beradik siapa masa Maggi yang lagi sedap. Macam-macamlah cerita yang menarik. Cuba korang ingat balik sebab ada hadiah yang sangat best bersempena dengan 100 tahun Nestle.
Apa yang anda semua perlu lakukan ialah hantar cerita-cerita yang berkaitan dengan produk Nestle tersebut ke www.incrediblestories.com.my. Makin menarik cerita yang dihantar, makin tinggi peluang untuk menang. Kalau anda tiada idea, video di bawah mungkin boleh membantu.
. Abang Nara pun dah hantar 5 cerita dah. Hadiah dia best kot. Takkan taknak menang? So korang ada berani untuk bertarung dengan Abang Nara?
Apa cerita anda?