Pengerusi Mara, Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan akan mendapatkan persetujuan YAB Menteri KKDW Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menamakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang kepada MRSM Tun Abdullah Badawi.
Katanya menerusi hantaran di media sosial, pertukaran nama tersebut adalah perubahan bagi mengenang jasa dan bakti Almarhum Perdana Menteri kelima Malaysia.
Ramai memberikan respon positif dan memberi komen sokongan serta bersetuju dengan cadangan berkenaan memandangkan Allahyarham Pak Lah membawa banyak perubahan terhadap Kepala Batas.
View this post on Instagram
Pemergian Pak Lah memberi kesan mendalam terhadap penduduk Kepala Batas yang sentiasa berterima kasih dan mengenang jasa beliau membangunkan pekan tersebut.