Pelakon Remy Ishak memberi ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana sudah berbakti dan berjasa kepada rakyat sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 ketika musim pandemik ini.
Menurut Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, usaha dan jasa baik Muhyiddin berjuang ketika COVID-19 sedang melanda negara akan dikenang sehingga ke akhir hayat.
Terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan buat seluruh rakyat dan negara Malaysia tercinta.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, pelakon filem Pulang itu turut mendoakan kesejahteraan buat Muhyiddin sekeluarga dan diberikan kesihatan yang lebih baik dari sebelum ini.
Sedia maklum, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap Baginda pada Isnin.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.