Kenalpasti Bahagian Tempat Duduk Di Dalam Pesawat Yang Paling Mudah Menyebarkan Virus

COVID-19

Kenalpasti Bahagian Tempat Duduk Di Dalam Pesawat Yang Paling Mudah Menyebarkan Virus

Ketika ancaman awal COVID-19 mula menyerang beberapa negara, sebilangan penduduk dunia masih menganggap perkara tersebut masih boleh dikawal dan tidak akan memberi kesan sehingga ke hari ini. Namun apa yang dapat kita simpulkan, pandemik ini adalah antara sejarah terburuk dunia dalam menghadapi wabak virus yang menyebabkan ribuan kes kematian.

Ketika ini juga, banyak syarikat penerbangan tidak mempunyai jalan lain selain menghentikan perkhidmatan penerbangan mereka dalam usaha mengekang penularan virus ini ke tahap yang lebih teruk. Terdapat sebuah kajian yang menunjukkan posisi tempat duduk di dalam pesawat yang boleh mempengaruhi virus untuk tersebar dengan mudah.

Advertisement

tempat duduk pesawat

Kajian ini telah diterbitkan dua tahun lepas dalam jurnal Priding National Academy of Sciences, menunjukkan penularan penyakit berjangkit mempunyai kaitan dengan tingkah laku, pergerakan dan pernafasan semasa penerbangan.

Selain itu, turut dinyatakan penumpang yang duduk berhampiran dengan tingkap lebih selamat berbanding penumpang yang duduk di kerusi berdekatan lorong.

Kajian ini telah diuji dengan simulasi penyebaran petogen dalam kabin pesawat beserta 150 orang penumpang. Hasil simulasi mendapati 11 orang penumpang akan dijangkiti secara mudah jika berdekatan dengan penumpang yang mempunyai penyakit yang mudah berjangkit.

tempat duduk pesawat

Penyebaran kuman di dalam pesawat disebabkan oleh sistem pengudaraan yang berada di dalam kabin adalah salah sama sekali. Tetapi ianya adalah disebabkan oleh pergerakan penumpang di dalam pesawat. Setiap pesawat sebenarnya dilengkapi dengan sistem penapisan zarah yang tinggi (High-Efficiency Particle) yang bertujuan boleh menapis kuman dan virus di dalam kabin.

Itulah sebabnya mengapa syarikat penerbangan tidak boleh membuka penerbangan kepada orang ramai kerana khuatir virus COVID-19 merebak dengan pantas. Selain daripada bahaya virus di luar negara, keadaan di dalam pesawat itu sendiri berpotensi memberikan jangkitan pada penumpang.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...