May 25th, 2016

Bila nampak artis wanita itu cantik dan sering bergaya, pasti ada lelaki yang agak takut untuk mendekati mereka, iyalah mesti dalam fikiran mereka kalau hendak mempunyai teman wanita ataupun isteri daripada golongan artis, poket kena tebal untuk menjaga mereka.  Kata orang, high maintenance.

Namun,  penyanyi serta pelakon Farahdhiya mengakui ia antara sebab mengapa ada lelaki yang bimbang untuk mendekatinya.

Buat Farahdhiya, cubalah kenal dahulu siapa dirinya yang sebenar sebelum beranggapan beliau seorang wanita yang high maintenance.

Saya tidak tahu kenapa ada yang pantas menganggap saya wanita jenis high maintenance? Golongan lelaki yang seusia saya pun mungkin jadi tidak berani hendak mendekati kerana sceptical.

Sejujurnya saya tidak faham kenapa ada yang mengadili saya sebegitu? Tidak kenal maka tidak cinta, jadi kenali saya dulu dan kemudian hakimilah.

Jelas Farahdhiya, beliau sebenarnya seorang yang cukup ringkas, cuma tuntutan kerja sahaja yang memerlukan beliau untuk kelihatan glamor dan cantik.

Cuma tuntutan kerja saya dalam dunia glamor yang memerlukan saya bergaya dan nampak cantik.

Saya cintakan kehidupan biasa selain bidang seni. Bukan merungut cuma apabila berada dalam dunia glamor, saya perlu sentiasa nampak cantik.

Tidak semua artis yang terlalu menggilai dunia glamor dan perlu sentiasa tampak mewah, masih ada yang sebenarnya mahukan kehidupan yang serba ringkas dan teman di sisi.

Sumber Berita : The Malay Mail Online


Comments are closed.

Loading...