Kenali Nicol Ann David, Ini Senarai Kejayaan Yang Pernah Dilakar Sepanjang 20 Tahun Dalam Sukan Squasy

Trending

Kenali Nicol Ann David, Ini Senarai Kejayaan Yang Pernah Dilakar Sepanjang 20 Tahun Dalam Sukan Squasy

Sebut sahaja sukan skuasy, pasti rakyat Malaysia terus ‘membidik’ nama Datuk Nicol Ann David sebagai sasaran.

nicol

Advertisement

Apa tidaknya, kejayaan yang ditempuhi dalam sukan tersebut dari zaman remaja hingga bergelar juara dunia menjadi kebanggaan setiap rakyat di negara ini. Malah bukan sahaja di dalam negara, namanya juga gah di luar negara.

Kejayaan yang dimilikinya hari ini bukanlah perkara enteng atau semudah memetik jari. Ia bermula dari bawah hinggalah beliau berada di tahap sekarang.

Beliau juga ikon yang boleh dijadikan contoh kerana cemerlang dalam kedua-dua bidang iaitu pendidikan dan sukan.

nicol

Malah, Nicol juga menjadi ahli sukan termuda menerima gelaran Datuk apabila dianugerah Darjah Setia Pahlawan Negeri pada usia 24 tahun sempena ulang tahun ke-70 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pada tahun 2008.

Menelusuri perjalanan kerjayanya, Nicol mula bermain squasy ketika berusia lima tahun. Pada tahun 1993, beliau menjuarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan (bawah 12 tahun).

Kejayaan tersebut memberi semangat dan dorongan untuk dia terus membina nama dalam sukan squasy yang satu ketika dulu bukanlah sukan yang popular di kalangan rakyat Malaysia.

nicol

Pada tahun 1990, Nicol berjaya menjadi pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield.

Seiring dengan itu, nama Nicol mula menjadi bualan ramai. Tidak cukup sampai setakat itu sahaja kejayaan yang ditempa, Nicol terus mengorak langkah lebih pantas merebut gelaran demi gelaran dalam squasy.

Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

nicol

Pada usia 23 tahun, Nicol menjadi pemain skuasy nombor satu dunia pada Januari 2006, sekaligus menjadi warga Malaysia dan wanita Asia pertama yang menduduki tangga teratas dalam sukan ini.

Beliau juga menjadi orang ke-12 yang memegang gelaran unggul ini semenjak sistem ranking mulai dipakai pada April 1983.

Tidak selalunya berada di atas, pada tahun 2006 corak permainan Nicol kelihatan terganggu sehingga mengalami kekalahan dua kali di pusingan akhir Terbuka Apawamis dan Terbuka Kuala Lumpur.

nicol

nicol

nicol

Kekalahan kepada Vanessa Atkinson dua kali berturut-turut ini menyebabkan Nicol jatuh ke tangga kedua dalam ranking dunia. Tidak mudah mengalah, akhirnya Nicol kembali bangkit dan merangkul enam kejuaraan berturut-turut lalu merampas kembali kedudukan nombor satu dunia.

Nicol juga menjadi atlet Malaysia pertama yang merangkul gelaran juara dunia buat kali kedua berturut-turut, dan orang keempat yang mempertahankan Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia dalam sejarah.

Pada tahun 2008, Nicol menggondol sepuluh kejuaraan Jelajah Dunia WISPA tanpa kalah sehingga berjaya menduduki nombor satu dunia dalan ranking WISPA.

Berikut adalah semua keputusan untuk Nicol dalam pertandingan Jelajah Dunia WISPA:

 

nicol

Manakala pada Februari 2015, Nicol memegang kedudukan sebagai juara selama 106 bulan, sekali gus menjadi pemegang juara paling lama bagi sukan skuasy.

Sumber Berita: Wikipedia

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...