Kenali Jose Mujica Pemimpin ‘Termiskin’ Di Dunia, Serahkan 90 Peratus Gaji Kepada Golongan Miskin

Kehidupan

Kenali Jose Mujica Pemimpin ‘Termiskin’ Di Dunia, Serahkan 90 Peratus Gaji Kepada Golongan Miskin

Gaya hidup seorang ahli politik selalu menjadi perhatian masyarakat memandangkan jawatan mereka itu dilantik oleh rakyat sendiri. Kebiasaannya kehidupan mewah yang dimiliki oleh ahli politik sering menjadi perhatian masyarakat lagi-lagi apabila gaya mewah mereka yang dikatakan terlalu berlebih-lebihan.

Tetapi tahukah anda, ada seorang pemimpin digelar sebagai pemimpin ‘termiskin’ di dunia? Walaupun bergelar sebagai Presiden, namun tiada kediaman atau kenderaan mewah yang dimiliki oleh Jose Mujica sepanjang bergelar Presiden Uruguay.

Advertisement

Kehidupan sederhana

jose mujica

Jose Mujica dilantik sebagai Presiden Uruguay yang ke 40 pada tahun 2010 sehingga 2015. Sebelum menjadi presiden, beliau berkhidmat sebagai Menteri Ternakan, Pertanian dan Perikanan dari tahun 2005 hingga 2008. Beliau menetap di rumah ladang yang sudah usang milik isterinya yang hanya mempunyai sebuah bilik dengan sumber air yang datang daripada telaga di belakang rumahnya.

Menurut laporan, beliau hanya dikawal oleh dua orang anggota polis dan seekor anjing cacat yang menjaga mereka sekeluarga di kediaman itu. Beliau dianggap sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sering mengutamakan mereka yang memerlukan dalam segala hal.

Semasa bergelar Presiden Uruguay, beliau mendermakan 90 peratus gajinya kira-kira RM46,560 sebulan kepada golongan miskin.

Beliau hanya menerima baki sebanyak RM2,500 untuk dibelanjakan daripada gaji yang diterima. Walaupun bayaran yang diterima sangat rendah berbanding gaji asal yang diterimanya namun dia berasakan semuanya cukup untuk dia dan keluarga.

Sikap dermawan yang dimiliki oleh beliau membuatkan dia digelar sebagai ‘Presiden Termiskin’ di dunia semasa persaraannya sebagai presiden pada tahun 2015. Menurut Jose, dia belajar daripada kehidupannya yang susah sewaktu kecil dan terpaksa tinggal dalam keadaan miskin selepas bapanya bankrap.

Tiada kereta mewah

jose mujica

Apabila pemimpin-pemimpin lain memilih untuk menaiki kenderaan mewah milik kerajaan sebagai pengangkutan utama, beliau tetap menaiki kereta Volkswagen 1987 miliknya berharga RM6,023 untuk bergerak ke mana-mana. Sehinggakan, ada hartawan dari Arab yang berminat mahu membeli keretanya sebanyak RM3.9 juta namun ditolak.

Sepanjang bergelar Presiden Uruguay, banyak inisiatif dan usaha yang dilakukan untuk mengembalikan kekayaan negara kepada rakyatnya. Dengan matlamat merapatkan jurang diantara golongan miskin dan golongan atasan, beliau berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 37% kepada 11%.

jose mujica

Ekonomi Uruguay juga mencatatkan peningkatan yang sangat baik sepanjang tempoh pemerintahannya. Pada masa ekonomi Argentina dan Brazil mengalami kejatuhan, Uruguay mencatatkan jumlah pengangguran yang sangat rendah dan peningkatan gaji. Selain itu, beliau turut memberikan pendidikan percuma dan komputer kepada pelajar di Uruguay semasa memerintah.

Pendekatan berbeza

Jose mempunyai pendekatan yang berbeza daripada rakan ahli politiknya yang lain apabila dilantik sebagai pemimpin. Menurut beliau, sebaik sahaja seseorang dilantik menjadi pemimpin, mereka berasakan seolah-olah kehidupan mereka diangkat seperti seorang raja dan ianya adalah sesuatu yang menyedihkan.

jose mujica

Beliau juga mengambil langkah yang berbeza untuk menangani masalah pengambilan ganja yang berleluasa di Uruguay. Menurutnya, seramai 150,000 rakyatnya menghisap ganja dan dia tidak boleh melayan mereka seperti sampah masyarakat. Oleh itu, beliau mengambil pendekatan menghalalkan ganja supaya kerajaan lebih mudah mengawal isu ganja.

“Pengambilan ganja bukan perkara membimbangkan tetapi masalah sebenar adalah pengedaran dadah.”

Pendekatan yang digunakan oleh beliau tidak disenangi oleh sesetengah pihak lagi-lagi apabila beliau tidak gentar untuk menegur penyalahgunaan korporat. Contohnya perjuangan epik pemerintahnya melancarkan perang terhadap gergasi tembakau Amerika, Philip Moris.

jose mujica

Oleh kerana gaya pemerintahan yang berbeza, beliau dianggap seorang ahli politik yang paling jujur di dunia yang sekarang ini semakin pupus dalam arena politik. Semasa persaraannya, BBC menggelarkannya sebagai pemimpin yang membangunkan Uruguay dengan cara negara Amerika Latin hanya boleh bermimpi.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...