Kenali Jenis Tapak Kaki Anda Untuk Mengelak Dari Kecederaan Kaki Yang Serius Semasa Memakai Kasut

Trending

Kenali Jenis Tapak Kaki Anda Untuk Mengelak Dari Kecederaan Kaki Yang Serius Semasa Memakai Kasut

Mengetahui jenis tapak kaki anda sangat penting untuk membeli kasut berlari yang sesuai. Menyertai acara larian sudah menjadi trend untuk rakyat Malaysia sekarang, bukan sahaja untuk mengikut trend tetapi untuk menjaga kesihatan.

Jika anda memakai running shoe, mengetahui jenis tapak kaki anda amat penting kerana ia akan memastikan kaki anda tidak tercedera ketika berlari dalam jarak yang jauh. Kaki manusia mempunyai bentuk yang berlainan dan kasut untuk berlari dicipta dengan rekaan yang berlainan dan anda perlu mengetahui jenis kaki anda sebelum membeli kasut yang sesuai.

Advertisement

Asics antara syarikat yang menerangkan kelaian tapak kasut melalui iklan terbarunya. Syarikat alatan sukan ini berkerjasama dengan sebuah syarikat dari Sao Paulo iaitu Neogama/BBH untuk menghasilkan ‘Foot Type Test Ad’ bagi menentukan jenis kaki anda supinator, pronator, atau neutral.

Apa yang mereka hasilkan adalah kerja ujian menggunakan dakwat thermochromic yang mampu mengesan haba di tapak kaki anda. Ia akan mengeluarkan keputusan lakaran jenis tapak kaki anda dan sesuaikan dengan kasut yang mereka keluarkan.

Kalau anda sendiri ingin memeriksa jenis tapak kaki anda. Anda boleh pergi ke kedai kasut seperti Brooks atau Sport Direct.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...