Kenali Hun Haqeem Pelakon Watak ‘Jekfer’ Dalam Kampung People

Hiburan

Kenali Hun Haqeem Pelakon Watak ‘Jekfer’ Dalam Kampung People

Drama komedi Kampung People yang kini sedang trending terasa dekat dengan hati penonton. Jalan ceritanya memang menghiburkan hati penonton dan turut membawa situasi sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita menjadi sebuah naskhah yang cukup menarik. Berbaki satu episod sahaja lagi sebelum melabuhkan tirai, ternya drama ini memberikan impak luar biasa.

hun haqeem

Advertisement

Selain dibintangi barisan pelakon popular seperti Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Haeriyanto Hassan dan Fizz Fairuz. Seorang lagi pelakon iaitu Hun Haqeem turut mencuri tumpuan ramai.

Membawakan watak Jaafar atau ‘Jekfer’ di dalam drama tersebut, nama Hun Haqeem semakin dikenali dan menjadi bualan netizen. Jekfer, seorang lelaki kampung yang bersikap budiman dan ‘cool’.  Antara watak sering disifatkan oleh penonton sebagai satu-satunya insan yang bersikap normal dalam kampung tersebut.

Mempunyai wajah kacak persis pelakon Thai, Hun Haqeem kini menjadi idaman ramai gadis-gadis di luar sana.

Siapa sebenarnya lelaki yang semakin popular ini?

BIODATA

hun haqeem jekfer

  • Haqeem Bin Hermy atau lebih dikenali dengan nama Hun Haqeem berasal daripada Sungai Petani, Kedah dan kemudiannya dibesarkan di Kuching, Sarawak.
  • Dilahirkan pada 7 Januari 1998 dan kini berusia 22 tahun.
  • Bekas graduan Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM) dalam jurusan Komunikasi Korporat.

Memiliki darah kacukan Melayu dan Cina, Hun Haqeem mula berkecimpung dalam dunia lakonan ketika menjalani latihan ilmiah di Jabatan Komunikasi Korporat, Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP).

hun haqeem jekfer kampung people hun haqeem jekfer kampung people

Sebelum ini, dia pernah membintangi tiga buah drama termasuklah drama bersiri Cari Aku di Syurga, Cinta Belum Tamat Tempoh dan telefilem Tasbih Usang yang disiarkan di Hypptv.

Dia kemudiannya dilamar untuk bernaung di bawah syarikat MIG Prodctions dan dari situ bakatnya mula berkembang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...