Kenali Asif Bintang Popular Drama Spontan

Trending

Kenali Asif Bintang Popular Drama Spontan

Jika anda selalu menonton Drama Spontan di Youtube, pasti anda sangat mengenali Asif atau nama sebenarnya Asif Suhaimi.

Beliau sangat dikenali oleh netizen kerana sikapnya yang spontan dalam drama tersebut membuatkan ramai orang tertarik akan lakonannya yang cukup santai.

Lakonan remaja autisme di saluran Youtube Syahmi Sazli mendapat perhatian netizen yang cukup terhibur dengan pengunaan loghat Kelantan dan gelagat spontannya.

Advertisement

Asif dan syahmi

Sebelum ini, wujud beberapa isu melibatkan kebajikan Asif sehingga menimbulkan salah faham antara pihak penjaga Asif dan juga Syahmi.

Tetapi isu salah faham yang terjadi baru-baru ini kembali pulih seperti biasa.

Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif Suhaimi kini kembali rancak meneruskan lagi impian mereka dengan kemunculan Drama Spontan 11 semalam.

Tidak sampai 24 jam di siarkan di laman Youtube, kini Drama Spontan 11 yang dibintangi Asif dan Yoe serta beberapa pelakon lain lagi itu sudah ditonton lebih sejuta peminat setia bintang terkenal youtube itu.

Jadi siapakah Asif bintang Youtube Malaysia yang kini popular?

Asif drama spontan

Asif mula dikenali ramai sebagai bintang Youtube yang kerap berlakon dalam saluran Youtube milik sepupunya, Syahmi Sazli.

Pada tahun ini berusia 17 tahun dan penghidap masalah mild autisme.

Kesempitan hidup yang dialami memaksa Asif dan adiknya Asyraff menamatkan persekolah lebih awal.

Hidupnya amatlah bergantung kepada ibunya seorang kerana bapanya mempunyai 4 orang isteri dan 7 orang anak.

Asif Drama Spontan

Tetapi nasib remaja ini berubah apabila berjaya menempa nama sebagai pelakon Drama Spontan yang dihasilkan oleh sepupunya Syahmi Sazli, 24 di Youtube.

Sejak Asif terlibat dalam filem ini, ia banyak mengubah sikapnya dari seorang yang pemalu dan penakut menjadi lebih berani dan berkeyakinan.

Walaupun beliau mempunyai masalah menghafal, ini tak mengahalang beliau berlakon dengan menggunakan dialog secara spontan.

Drama Spontan

Apa yang menarik tentang Asif yang ramai orang tak tahu?

drama spontan Asif

  • Asif cukup terkenal dengan ayat dalam Drama Spontan,

                Tak Gurau Mi

  • Hanya mengenali nilai wang RM1
  • Menerima gaji RM200 bagi setiap video lakonannya dalam menyediakan keperluan barang harian dan pakaiaan.

 

Semoga Asif terus sukses dalam bidang lakonan pada masa hadapan dan dapat membantu keluarganya. Amin!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...