Tidak ramai yang berani berkahwin semasa sedang belajar. Maklumlah, cabarannya lebih besar, bukan? Hendak belajar lagi, kena urus rumahtangga juga.
Suhaili Salleh, seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menceritakan pengalamannya sepanjang menempuh alam perkahwinan sebagai pelajar, dengan suami yang juga seorang pelajar.
Kenal umur 19, kahwin umur 22, sekarang dua-dua umur 24.
Kami berdua sama pelajar, lain kursus tapi satu UTM.
Masih tak percaya yang sekarang kami berdua dah pun kahwin, dan dah pun grad!
Kalau dulu, kami dua orang ini asyik kena kutuk saja, sampaikan ada yang rasa kami ini tak ada life, lah. Haha.
Iyalah, dah la masing-masing main papan luncur di UTM KL, selepas itu @syukriharish pula pointer lebih 2.0 saja dulu.
Elly pula dulu tidak bertudung, selepas itu sorang saja perempuan yang meluncur dekat sana, lepak pula dengan lelaki . Ha, lagilah, asyik kena kata belakang saja.
Tapi alhamdulillah, walaupun macam tu Elly dengan Harish masing-masing perbaiki diri masing-masing.
Elly mula pakai tudung selepas itu mula jual tudung. buat business memang dengan niat nak kahwin guna duit business tu.
Dan yes! Allah permudahkan. Memang Elly buat majlis kahwin guna duit business pun dua tahun lepas. Alhamdulillah!
@syukriharish pula dari semester ke semester, dari orang yang tak suka nak belajar terus rajin nak belajar.
Dan bila lepas kahwin, dekat UTM JB ini, dia makin semangat dan sekarang dia sendiri grad dengan first class!
Elly sampai sekarang rasa bangga dengan Harish. Sebab Elly tau Harish macam mana. Rasanya siapa kenal dia, mesti tahu juga.
Medal tu seriously means something. Bukan setakat tunjuk dia dapat anugerah dekan atau first class, tetapi tunjuk yang dia improve diri dia untuk Elly, untuk tunjuk yang dia boleh usaha jadi yang terbaik untuk Elly dan untuk family dia.
Dia nak tunjuk yang walaupun dia kahwin waktu study dengan orang yang study juga, tapi dia boleh!
Cerita panjang lagi sebenarnya tapi penat dah nak type.Cuma apa point yang Elly nak sampaikan di sini ialah jangan jadikan umur, status, hobi, atau kata-kata orang luar untuk jadi penghalang dalam apa-apa saja kita nak buat.
Kalau nak kahwin, kahwinlah. Kalau orang tak percaya, bukti kan. Kalau orang masih tak percaya, biarkan.
Janji kita happy dan kita tau apa yang kita buat. InshaaAllah, kita akan lebih bahagia dengan cara ini. Dan yakin, Allah juga akan mudahkan apa jua yang kita buat selagi benda itu betul. InshaaAllah. Photog : @td.hh
#utmconvocation #ellyharishconvocation #utm
Sumber: Suhaili Salleh