Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kenal Sejak 9 Tahun Lepas, Harris Alif Akui Jalin Hubungan Dengan Intan Ladyana Beberapa Bulan Lalu

intan ladyana dan harris alif bercinta

Mulanya hanya jangkaan peminat tapi tak sangka pelakon Harris Alif mengakui bahawa dia kini sedang mengenali rapat dengan Intan Ladyana yang berbeza umur 17 tahun daripadanya.

Akui pemuda itu, dia sudah mengenali wanita cantik tersebut sejak 9 tahun yang lalu tapi langsung tiada sekelumit pun perasaan kerana menganggap Intan sebagai rakan sahaja.

Advertisement

Mulanya hanya bertegur sapa semasa bersua muka di acara rasmi tetapi kini kedua selebriti itu mendedahkan sudah menjalin hubungan sejak beberapa bulan yang lalu.

“Intan seorang wanita yang sangat cantik, pandai dan berkeyakinan. Dia mempunyai hati yang sangat baik dan itulah ciri-ciri yang membuatkan saya terpikat dengan Intan.”

harris alif bercinta dengan intan ladyana

Walaupun ada yang mempersoalkan jarak usia di antara kedua mereka, Harris tidak ambil pusing mengenai perkara tersebut dan tetap teguh untuk meneruskan perhubungan itu.

“Pada awalnya, beza umur 17 tahun membuatkan kami saling tertanya sesama sendiri. Lama kelamaan apabila kami meneruskan hubungan, perkara terbabit tak menjadi masalah.”

Advertisement

Lelaki itu berulang kali menegaskan bahawa perbezaan umur bukanlah penghalang kepada mereka untuk membawa perkenalan ini ke peringkat yang lebih serius.

Tahniah, semoga kekal hingga ke jinjang pelamin!

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. Anonymous

    May 28, 2020 at 2:27 pm

    kenal 9 tahun lalu tapi tiada perasaan hanya kawn, errr… dik 9 tahun lepas ko baru 12 kut mmg la. omg

  2. Anonymous

    May 28, 2020 at 9:53 am

    laki ni je over. intan tu diam je aku tengok. nak tumpang populariti ni

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top