Untuk memilih memory card yang bagus, kita perlu meneliti keupayaan “READ” dan “WRITE” bagi memastikan ianya cukup laju dan sesuai untuk kegunaan anda.
Jika anda hanya mencari memory card untuk telefon bagi menyimpan music dan gambar, kelajuan SD Card tersebut tidak penting. Tetapi jika anda ingin menggunakannya untuk menyimpan gambar dan merakam video, kelajuan SD Card sangatlah penting.
Sama seperti jika anda menggunakan kamera aksi seperti GoPro, menggunakan memory card yang tidak laju akan menyebabkan kualiti gambar dan video yang dihasilakan sangat buruk. Gopro anda juga mungkin akan cepat rosak kerana overheat ketika memproses.
Tom David Frey dari Tom’s Tech Time telah menguji 10 SD Card yang berada di pasaran untuk menguji keupayaan memory card tersebut. Menggunakan USB 3.0 Card Reader, beliau menguji setiap keupayaan SD card tersebut dengan memindahkan file video bersaiz 4.1GB. Ujian ini untuk melihat adakah keupayaan memory card yang dijual itu sama seperti yang dikatakan oleh pengeluar SD Card tersebut.
10 SD Card yang diuji adalah SanDisk Extreme PRO, Sandisk Extreme, Transcend Ultimate 633x, Samsung PRO, Sony SR-32UZ, Kingston, Panasonic, Toshiba Exceria Pro, Verbatim, dan Patriot EP Series in either 16GB or 32GB sizes.