Kenakan Caj RM80 Tapi Kucing Dibiarkan Terabai, Tempat Perlindungan Haiwan Di Gombak Ini Dikecam NGO

Kehidupan

Kenakan Caj RM80 Tapi Kucing Dibiarkan Terabai, Tempat Perlindungan Haiwan Di Gombak Ini Dikecam NGO

Sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), Stray Free Foundation, mendakwa sebuah tempat perlindungan kucing di Gombak telah mengabaikan kebajikan haiwan dengan membiarkan kucing dalam keadaan kotor, tidak dijaga, dan menyebabkan banyak kematian.

Dalam satu hantaran di Instagram pada Sabtu lalu (13 April), NGO itu mengecam seorang lelaki yang mengendalikan akaun media sosial atas nama ‘Budakkucing2020freeadopt’ di TikTok dan ‘Budak Kucing Free Adoption’ di Facebook, kerana didakwa memperdaya orang ramai dengan menyamar sebagai pengendali tempat perlindungan haiwan.

Advertisement

Menurut NGO itu, lelaki berkenaan mengenakan caj  RM80 bagi setiap kucing jalanan atau haiwan peliharaan yang diserahkan kepadanya, dengan janji akan mencari rumah baharu untuk haiwan-haiwan tersebut.

NGO itu juga mendedahkan bahawa terdapat kes di mana kucing yang diserahkan dibiarkan dalam sangkar pengangkut di bawah panas terik matahari dan hujan tanpa makanan atau air.

Selain itu, lelaki berkenaan juga didakwa hanya memberi keutamaan kepada kucing yang kelihatan menarik dan mengabaikan yang lain. Lebih menyedihkan, bangkai kucing-kucing yang mati didakwa dibuang begitu sahaja ke dalam semak berhampiran tanpa dikebumikan.

Tempat perlindungan itu juga dilaporkan tidak menyediakan kotak najis, menyebabkan kucing terpaksa membuang air merata-rata, sekali gus menimbulkan isu kebersihan yang serius.

Mereka juga telah menyelamatkan kesemua 36 ekor kucing dari tempat tersebut dan kini sedang mengumpul sumbangan awam bagi menampung kos rawatan veterinar.

Setakat ini,  kucing-kucing tersebut telah dihantar ke tiga klinik haiwan berbeza, namun dana awal sebanyak RM5,000 yang dikumpulkan didapati tidak mencukupi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 hour ago

Kahwin Wanita Tempatan, Warga Asing Hidup Mewah Raih Pendapatan RM55,000 Sebulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...