Kenaikan Cukai Oleh Kerajaan Negeri Punca Kos Hidup Tinggi Di Selangor

Trending

Kenaikan Cukai Oleh Kerajaan Negeri Punca Kos Hidup Tinggi Di Selangor

Tindakan kerajaan Selangor menaikkan cukai dan kos berkaitan hartanah, perumahan dan premis perniagaan hanya akan mendorong kepada kenaikan kos sara hidup di negeri itu, lapor seorang pakar ekonomi politik.

Advertisement

Isham Jalil berkata, kesan kenaikan ini hanya akan memberikan kesan besar kepada pengguna kerana sektor perniagaan terpaksa menaikkan kos bagi menjalankan perniagaan.

Lulusan Universiti Harvard, Amerika Syarikat itu menarik perhatian pembangkang kerana menyatakan hasil kerajaan negeri di lihat meningkat disebabkan oleh tindakan menaikkan cukai yang melibatkan hartanah dan seumpamanya dengan kadar yang tinggi.

Contoh yang paling mudah sekali diberi oleh beliau adalah kenaikan kos sewaan tapak yang menyebabkan peniaga pasar malam terpaksa menaikkan harga barang yang dijual.

Beliau juga mendakwa hasil yang dibelanjakan untuk perbelanjaan pembangunan adalah lebih kecil berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) di negeri Selangor dang Pulau Pinang.

Menyedari akan hakikat itu, Isham berharap agar kerajaan dapat bertindak dengan menubuhkan jawatankuasa kos sara hidup bagi mengkaji dan mencari jalan untuk mengatasi isu tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...