Kenaikan Caj Perubatan Adalah Wajar, Dan Doktor Ini Beri Sebabnya

Trending

Kenaikan Caj Perubatan Adalah Wajar, Dan Doktor Ini Beri Sebabnya

Mulai semalam, viral di media sosial mengenai caj pergigian yang dikatakan akan naik berkali-kali ganda mulai 1 Mac 2017. cajperubatan

Mengikut berita yang diviralkan, terdapat pekeliling di Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 26 Januari 2017, menyatakan caj cabutan gigi naik dari RM1 kepada RM15. Caj tampal gigi naik dari RM2 kepada RM25 dan yang paling drastik kenaikannya caj cuci gigi naik dari RM2 kepada RM55.


Terdapat ramai pihak yang mendakwa kenaikan secara mendadak ini membebankan rakyat, namun seorang doktor, Aznil Hisham telah menulis di akaun Facebook mengenai kewajaran kenaikan tersebut.

Advertisement

Ikuti tulisan beliau:

Caj Pergigian Naik?

1. Ini cerita lama yang berdarah kembali. Jika kalian masih ingat tentang viral kenaikan caj RM 1 pada hujung tahun lepas, ianya menjadi kecoh seketika. Kemudian Kementerian Kesihatan memaklumkan tiada kenaikan caj untuk kelas ke 3. Yang hanya terlibat adalah kelas 1 dan 2. Ini pun melibatkan 1.6% rakyat Malaysia. Netizen berasa tenang caj RM 1 tidak dinaikkan. Namun mereka tidak perasan makluman tentang caj pergigian, fisioterapi, radioterapi dan onkologi yang bakal berubah.

Caj perubatan tidak pernah naik sejak 31 Ogos 1957

2. Sebelum saya jelaskan lebih lanjut, suka saya nyatakan tentang sejarah Fi perubatan. Ianya pada mulanya diperkenalkan sebagai Akta Fee 1951. Segala caj perubatan diperkenalkan ketika itu. Kemudian akta ni diganti kepada Perintah Fi 1982. Caj yang dikenakan dikekalkan. Hanya berubah adalah nama.

3. Kemudian terdapat beberapa pindaan Perintah Fi pada tahun 1994, 2003 dan 2014. Kesemua pindaan ini hanya melibatkan caj warga asing. Tidak melibatkan caj warganegara.

4. Maknanya sejak merdeka lagi caj ini kekal hingga kini.

Peningkatan kos perkhidmatan perubatan

5. Saya hadiri mesyuarat kewangan pada tahun lepas. Walaupun peringkat hospital, namun saya faham status kos kesihatan secara keseluruhan.

6. Untuk makluman, jika anda merujuk penyata kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2015, hasil yang diperolehi oleh pihak kementerian hanyalah RM 560 juta. Sedikit peningkatan dari tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM 120 juta (dari RM 440 juta). Majoriti kenaikan hasil ini adalah dari perkhidmatan dan bayaran perkhidmatan.

7. Apa maknanya? Maknanya telah terdapat peningkatan secara signifikan dari segi perkhidmatan kesihatan kerajaan.

Hasil sangat kurang berbanding kos perkhidmatan yang dikeluarkan

8. Sekarang kita lihat kos kementerian Kesihatan perlu tanggung. Untuk perbelanjaan mengurus tahun 2015 sahaja RM 21.7 billion. Jika anda lihat tahun-tahun sebelum ini, peningkatan kos hampir RM 1 billion setiap tahun.

9. Berbaloikah dengan kenaikan hasil hanya RM 120 juta dengan kos rawatan meningkat sebanyak RM 1.1 billion setiap tahun?

10. Itu baru perbelanjaan mengurus. Belum lagi perbelanjaan-perbelanjaan lain. Perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan untuk tahun 2015 misalnya, kos yang terlibat adalah RM 8.6 billion.

11. Saya ada sertakan kutipan hasil negara tahun 2015 menurun dari 2014 walaupun pada ketika itu GST telah dilaksanakan. Semua tahu hasil negara rendah adalah disebabkan ketidaktentuan ekonomi global – (Sumber : Jabatan Audit Negara)

12. Saya percaya kutipan hasil negara juga mencabar untuk tahun-tahun berikutnya.

13. Dengan kadar populasi rakyat yang makin meningkat – kos kesihatan rakyat juga meningkat tetapi hasil negara menjadi rendah. Bagaimana nak membantu rakyat?

Caj pergigian yang diviralkan belum sahih

14. Hari ini diviralkan tentang caj pergigian. Untuk makluman semua, Pekeliling penangguhan itu betul. Namun caj yang dikatakan itu tidak ada kesahihannya. Saya sudah merujuk kepada bahagian hasil, namun belum memperolehi pekeliling terkini.

15. Saya selaku seorang yang berada dalam lapangan ini merasakan keharusan Kementerian menaikkan caj rawatan berkenaan. Jika boleh caj RM 1 juga perlu dinaikkan. Adalah tidak masuk akal dengan caj RM 1, pesakit dapat pelbagai kemudahan subsidi kesihatan yang amat tinggi.

Didik rakyat hargai perkhidmatan perubahan dan bersyukur

16. Saya mengambil contoh, jabatan saya perlu membeli set nephrostomy dengan harga RM 500 setiap satu. Pesakit memerlukan dua set. Pakai tak sampai tiga hari, dah tercabut. Dan kami pasang yang baru. Walaupun telah diterangkan tentang penjagaan, masih lagi tercabut. Dan kami pasang lagi. Berapa banyak kerugian yang kita tanggung hasil dari sikap tidak menghargai?

17. Salah satu mendidik rakyat mengenakan caj pada kesihatan. Lakukan seperti negara luar. Baru masa itu rakyat tahu erti nikmat bersyukur.

18. Saya pernah mengutarakan tentang kenaikan caj ini sebagai satu kewajaran.

Kesimpulan

1. Caj perubatan untuk warganegara tidak pernah berubah sejak Merdeka.

2. Kutipan hasil Kementerian kesihatan hanya setengah bilion. Namun kos lebih dari RM 20 billion. Dan kenaikan kos tahunan adalah sebanyak RM 1 billion. Di samping kutipan hasil negara tidak menentu.

3. Kerajaan adalah agensi yang menguruskan harta rakyat. Bukan agensi cari duit bagi subsidi pada rakyat. Kerajaan tidak berfungsi jika tidak mendapat sokongan rakyat terutama kewangan. Give and take.

4. Kenaikan caj perubatan adalah sangat disokong.

5. Ada pihak menguar-uarkan yang negara mengalami kekangan kewangan. Mereka gembira sebab memperoleh milage politik yang sedikit. Tapi apabila sudah tahu masalah kekangan kewangan negara, mereka juga marah bila caj perubatan dinaikkan.

Wajarkah mereka ini dinobatkan sebagai manusia?

Dr. Aznil Hisham.

1

2

3

4

5

Sumber: Aznil Hisham

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...