Kenaikan Caj Perkhidmatan Penumpang Tak Kena Waktu, Seakan Bendung Sektor Pelancongan

Trending

Kenaikan Caj Perkhidmatan Penumpang Tak Kena Waktu, Seakan Bendung Sektor Pelancongan

Keputusan menaikkan kadar caj perkhidmatan penumpang (PSC) dilihat tidak kena waktu dan hanya menambah beban orang ramai yang dihimpit kenaikan harga minyak dan minyak masak.

Advertisement

Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Hamzah Rahmat tidak membantah semakan PSC namun menegaskan ia perlu dilaksana secara adil dan konsisten.

“Kenaikan PSC untuk penerbangan domestik sebanyak 83% dan 56% untuk penerbangan antarabangsa di klia2 hanya menjejaskan penumpang lebih daripada syarikat penerbangan murah yang beroperasi di terminal pengangkutan tambang murah itu.

“Kenaikan itu seolah cuba membendung pelancongan domestik dan antarabangsa ketika Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Tourism Malaysia sedang giat menarik pelancong,” katanya.

Rahman berkata kenaikan kadar PSC itu tidak wajar memandangkan banyak kemudahan asas yang tidak setaraf.

Menurutnya, lapangan terbang moden lain di rantau ini dilengkapi pengimbas tubuh, Malaysia masih meraba periksa penumpang.

“Kemudahan asas seperti tandas yang bersih dan peralatan keselamatan yang sewajarnya patut disediakan sebelum PSC dinaikan, kerana apa kewajaran membayar lebih sedangkan taraf perkhidmatan di lapangan terbang masih rendah.”

Rahmat menambah klia2 dibina sebagai terminal pengangkutan tambang murah bagi memenuhi keperluan syarikat penerbangan yang murah dan pengembara bajet, maka ia sepatutnya menikmati cukai lapangan terbang yang lebih rendah berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau turut menggesa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) supaya menyemak semula kenaikan tersebut kerana menangguhkan kadar baru baik untuk kepentingan negara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...