“Kena Tunjuk, Nak Habaq Bila Kaya Jangan Lupa Kewajipan” – Kieda Crepe Dianugerah Pembayar Zakat Tertinggi Pulau Pinang

Kehidupan

“Kena Tunjuk, Nak Habaq Bila Kaya Jangan Lupa Kewajipan” – Kieda Crepe Dianugerah Pembayar Zakat Tertinggi Pulau Pinang

Usahawan sensasi, Kieda Crepe atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila tampil menunaikan tanggungjawab sebagai peniaga Muslim dengan menyalurkan zakat perniagaan berjumlah RM80,000 kepada Zakat Pulau Pinang, MAINPP.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Kieda menyatakan harapannya agar sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan yang benar-benar memerlukan.

Advertisement

Jadi manusia yang memberi manfaat selalu buat orang lain, dan menjadi pembayar zakat terbesar setiap tahun demi tahun.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan penyokong yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan perniagaannya dari awal penubuhan hingga ke tahap sekarang.

kieda crepe zakat tertinggi

Terima kasih tak terhingga buat semua yang sudi support perniagaan kieda dari rumah sampai kedai dan sekarang Tour Satu Malaysia.

Selain itu, Kieda juga mengambil kesempatan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin pernah terguris hati dengan tingkah lakunya sebelum ini. Beliau turut berharap agar terus diberi ruang dan kekuatan untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari.

Tindakan Kieda ini menerima pujian ramai yang mengagumi sikapnya yang tidak lupa kepada tanggungjawab sebagai usahawan, meskipun sering menjadi tumpuan di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aliff syukri dikecam paksa ammar potong rambut
2025-07-18 15:07:28

"Ada Bapak Kaya Pun B*doh.." - Aliff Syukri Dikecam Teruk Gara-Gara Paksa Ammar Potong Rambut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...