Kena Tuduh Nak Jadi Duta Produk Sebab Rajin Bersenam, Rita Rudaini Tampil ‘Sekolahkan’ Netizen

Hiburan

Kena Tuduh Nak Jadi Duta Produk Sebab Rajin Bersenam, Rita Rudaini Tampil ‘Sekolahkan’ Netizen

Ada saja yang tak kena, pelakon Rita Rudaini tampil membidas kenyataan seorang individu yang mendakwa dia kini rajin bersenam kerana mendapat tawaran untuk menjadi duta produk atau sekadar berlakon drama ‘biasa-biasa’.

Tambah individu itu lagi, Rita kini ‘gigih’ bersenam kerana mendapat tawaran kerja dan telah meninggalkan komen tersebut di entri terbaru yang dimuat naik di ruangan Instagram pelakon itu.

Advertisement

Rita kemudian dilihat membalas komen tersebut dengan meminta individu tersebut agar melakukan usul periksa di laman Google sebelum meninggalkan komen sedemikian rupa.

“Drama biasa-biasa pun rezeki dari Allah juga. Sebelum hang nak cakap lebih panjang, hang google dulu aku pernah jadi duta apa sebelum ni? Dah penat dah jadi duta. Duta apa yang aku tak jadi lagi? Dah la kot bagi orang lain pulak la. Lain kali, cari iklan dan duta apa yang aku pernah buat baru hang komen. Malunya”

Pelakon filem Mami Jarum Junior ini juga turut mempertikaikan apakah kepentingan dirinya sehingga ada yang terlalu ‘mengambil berat’ mengenai apa yang dilakukan dalam kehidupan sehariannya.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Dia yang sebelum ini telah memuat naik sebuah rakaman video memaparkan dirinya sedang melakukan senaman di sebuah taman permainan bersama seorang pelatih kecergasan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...