Pelakon Azza Elite menerusi ruangan Instagramnya telah menzahirkan perasaan berang apabila telah menjadi mangsa sindiket penipuan pembantu rumah.
Menurut Azza, dia yang pada mulanya mencari pembantu rumah telah ditipu individu tersebut yang dikenali sebagai Fuad dan dilaporkan telah kehilangan hampir ribuan ringgit.
Atas dasar kepercayaan, Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,43, telah meminta Fuad yang juga rakan kepada beberapa selebriti untuk mencari pembantu rumah untuknya.
Dia dilihat telah berkongsikan pengalaman tersebut di Instagram peribadi miliknya untuk tatapan peminat.
View this post on Instagram
“Nak cari pembantu rumah kena tipu, betul dia ditipu-nya duit kita ada baki RM1700 lagi, mangkuk ayun betul nama orang tu Fuad. Kawan pada artis. Kita ingat ke kawan kita kenal elok lah, rupanya..Fuad ni kalau aku letak gambar baru kau tau. Fuad, engkau bayar duit Azza sekarang sebelum i letak nama kawan artis i yang tak bersalah. Patutkah saya buat laporan polis?”
Difahamkan, individu tersebut telah mengambil duit upah carian namun menghantar pembantu rumah yang tidak mencapai standard.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, ramai pengikut dan peminat serta rakan artis tampil mengucapkan takziah dan memohon pelakon dan juga usahawan sejadah ini agar bersabar menghadapi dugaan.