Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kena ‘Tikam Belakang’ Kerana Terlalu Baik, Isteri Yakin Aliff Syukri Hanya Mangsa Keadaan

Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahidah berkata, dia dan suami mengambil iktibar di atas pelbagai isu dan kontroversi yang melanda mereka sekeluarga.

Menjelaskan apa yang terjadi pada ketika ini berkemungkinan lahir dari sikap yang terlalu baik dan mudah mempercayai orang luar, Shahidah menganggap semua perkara tidak baik itu adalah ujian daripada Allah S.W.T.

Advertisement

Dia menjelaskan bahawa telah menerima dugaan itu dengan hati yang terbuka dan turut mempelajari sesuatu daripada peristiwa tersebut.

“Sebenarnya saya belajar apa yang jadi. Bila kita terlalu dekat dan baik dengan orang, itulah modal mereka nak tikam belakang. Saya anggap ini ujian dan Allah nak uji saya untuk dekat dengannya, Allah uji tanda sayang!”

Isteri kepada Aliff Syukri ini dilihat telah menulis perkara berkenaan ketika membalas komen salah seorang pengikut di laman Instagramnnya.

Dia dilihat turut memberi nasihat kepada masyarakat di luar sana agar lebih berhati-hati sebelum menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana pihak.

Mengimbas kembali, Datuk Aliff Syukri sebelum ini telah dipalit dengan sebuah lagi kontroversi apabila dia dikatakan memperdayakan seorang wanita dikenali sebagai Wani Comel ketika dia menjadi duta produk milik Alif Syukri.

Difahamkan, Wani tidak mendapat sebarang faedah seperti yang dijanjikan seperti rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangani kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. noRULE

    December 7, 2020 at 6:23 pm

    iolah… mcm mane pun org lain yg salah…. die sentiase betul… sekian

  2. anonymous

    December 7, 2020 at 2:47 pm

    OKB= org kaya bodo

  3. hanya beritahu

    December 7, 2020 at 12:05 pm

    cara paling mudah adalah bl bt sesuatu benda baik xperlu ada contract @ apa2 perjanjian seolah-olah kebaikan tu dibuat utk membuktikan kebaikan sendiri, ikhlas ke, jujur ke, amanah ke, kalo utk membuat kebaikan xperlu contract bagai… ikut seperti memberi hutang…bl terjadi perkara seperti nie, memasing nk tegak kebenaran. sbb tu bl nk bt baik kena jujur, ikhlas. yg hanya tahu mereka berdua… reiminder utk semua…

  4. cik bedah

    December 7, 2020 at 11:09 am

    zaman skng ni org pulun keje.. penat ke lesu ke selagi bnafas org akan usaha crik kje.. harap bantuan tkot tak smpai bantuan kte jgk yg kerugian masa. ingat!!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top