Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahidah berkata, dia dan suami mengambil iktibar di atas pelbagai isu dan kontroversi yang melanda mereka sekeluarga.
Menjelaskan apa yang terjadi pada ketika ini berkemungkinan lahir dari sikap yang terlalu baik dan mudah mempercayai orang luar, Shahidah menganggap semua perkara tidak baik itu adalah ujian daripada Allah S.W.T.
Dia menjelaskan bahawa telah menerima dugaan itu dengan hati yang terbuka dan turut mempelajari sesuatu daripada peristiwa tersebut.
View this post on Instagram
“Sebenarnya saya belajar apa yang jadi. Bila kita terlalu dekat dan baik dengan orang, itulah modal mereka nak tikam belakang. Saya anggap ini ujian dan Allah nak uji saya untuk dekat dengannya, Allah uji tanda sayang!”
Isteri kepada Aliff Syukri ini dilihat telah menulis perkara berkenaan ketika membalas komen salah seorang pengikut di laman Instagramnnya.
Dia dilihat turut memberi nasihat kepada masyarakat di luar sana agar lebih berhati-hati sebelum menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana pihak.
Mengimbas kembali, Datuk Aliff Syukri sebelum ini telah dipalit dengan sebuah lagi kontroversi apabila dia dikatakan memperdayakan seorang wanita dikenali sebagai Wani Comel ketika dia menjadi duta produk milik Alif Syukri.
View this post on Instagram
Difahamkan, Wani tidak mendapat sebarang faedah seperti yang dijanjikan seperti rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangani kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.