“Kena Terima Sebab Itu Pilihan Anak Kita” – Sheila Rusly Jawab Isu Gelaran Ibu Mentua Dari ‘Syurga’

Hiburan

“Kena Terima Sebab Itu Pilihan Anak Kita” – Sheila Rusly Jawab Isu Gelaran Ibu Mentua Dari ‘Syurga’

Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly menegaskan bahawa hubungan rapatnya dengan menantu bukanlah sekadar lakonan, tetapi lahir daripada keikhlasan dan kasih sayang yang sama seperti yang diberikan kepada anak-anaknya sendiri.

Dalam temu bual bersama Melodi, Sheila berkongsi bahawa dia tidak pernah berpura-pura dalam melayani kedua-dua menantunya. Sebaliknya, dia hanya menjadi diri sendiri dan percaya bahawa hubungan yang baik antara mentua dan menantu sangat penting untuk kebahagiaan anak-anak.

Advertisement

Kalau kita nak anak kita bahagia, kenapa kita nak bermusuh dengan menantu? Kalau kita bermusuh dengan menantu, anak kita akan berada dalam situasi yang sangat susah.

Kita kena tahu kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kita kena saling menghormati, itu yang penting walaupun dia anak menantu, kita mak mentua. Macam mana sekalipun, kita kena terima dia sebab itu pilihan anak kita.

Isteri kepada pengarah Jinggo ini menekankan bahawa sikap saling menghormati adalah kunci utama dalam membina keluarga yang harmoni dan bahagia.

Mengenai dakwaan segelintir pihak yang menganggapnya berpura-pura melayan menantu dengan baik hanya ketika di hadapan kamera, Sheila menegaskan bahawa itu tidak benar. Dia juga menambah bahawa dia sentiasa melayan kedua-dua menantunya dengan adil tanpa sebarang perbezaan.

Saya tak rasa tersinggung pun kalau orang kata saya hanya berlakon baik (layan menantu). Anda semua tak duduk sebumbung dengan saya, macam mana korang tahu saya berlakon atau tidak? Kalau nak tahu, kena lah tanya menantu saya. Kalau saya ni mak mentua yang jahanam, rasanya Elisya dah lama lari, Beatrice dah lari ke Indonesia.

Terdahulu, Sheila Rusly menjadi tumpuan kerana sering menunjukkan kemesraan dan keakraban apabila bersama anak menantu di media sosial, Namun, ada juga yang mempersoalkan keikhlasan Sheila dalam melayani menantu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

amira othman baca al-quran
1 hour ago

Amira Othman Mengaji Al-Quran Jadi Tumpuan, Netizen Jodohkan Dengan Fattah - "Puan Azizah Mesti 'Approve'"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...