‘Kena Tengok Betul – Betul..’ – Wanita Terkejut Temui Mainan ‘Aneh’ Dalam Plastik Jajan Anak

Kehidupan

‘Kena Tengok Betul – Betul..’ – Wanita Terkejut Temui Mainan ‘Aneh’ Dalam Plastik Jajan Anak

Tular di media sosial Facebook apabila seorang wanita dikenali sebagai Ummi Kalsum Ismail menemui mainan figura kecil yang aneh dan tidak senonoh dalam plastik jajan yang dibeli anak saudaranya.

Tulis Ummi, anak saudaranya yang berumur tujuh tahun pada ketika itu sedang makan lolipop yang diberikan kawan dan turut disertakan bersama gula-gula tersebut sebuah mainan kecil di dalam plastik.

Advertisement

Ummi yang pada mulanya menganggap ia sebagai ‘keychain’ atau mainan berbentuk binatang tergerak hati untuk melihat dengan lebih lanjut figura kecil tersebut.

Dia kemudian terkejut apabila melihat rupa sebenar mainan tersebut yang tidak sesuai langsung diberikan kepada kanak-kanak.

“Astagfirullah, mainan apa bagi budak-budak ni, tak senonoh betul. Terkejut saya apabila tengok betul-betul mainan itu, mujurlah anak saudara masih belum main dan tidak dibuka dari plastik lagi.” tulisnya dalam hantaran itu.

Dalam pada itu, wanita itu turut menasihatkan ibu bapa di luar sana agar sentiasa peka dengan sebarang mainan yang diberikan anaka-anak agar mereka tidak terdedah dengan gejala negatif.

TikTok postinor
2 years ago

(VIDEO) Wanita Beli Pil Cegah Hamil Tapi Kena 'Judge', Pelajar Farmasi Ini Undang Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...