‘Kena Tengok & Berbalik Pada Diri Sendiri’ – Azira Shafinaz Cabar Diri Bawa Watak Ustazah

Hiburan

‘Kena Tengok & Berbalik Pada Diri Sendiri’ – Azira Shafinaz Cabar Diri Bawa Watak Ustazah

Baru sahaja enam hari ditayang di saluran Astro First, filem ‘Penunggang Agama’ terbitan Syafiq Yusof telah mencecah sehingga RM1 juta jualan. Filem seram thriller ini menampilkan Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan, Azira Shafinaz dan ramai lagi pelakon-pelakon hebat tanah air.

Advertisement

Ketika ditemu bual Harian Metro, Azira Shafinaz yang membawakan watak Ustazah Anna menganggap pengalaman ini sesuatu yang baharu dalam kerjaya lakonannya. Watak yang cukup mencabar ditambah pula dengan genre filem menyebabkan Azira berfikir banyak kali sebelum menerima tawaran.

Setiap kali dapat tawaran saya akan baca sinopsis dan jalan cerita. Untuk filem ini, apabila baca sinopsis saya berasakan sesuatu yang berbeza.

Kalau bandingkan dengan kebanyakan drama lakonan saya, filem ini sangat berbeza. Selain itu, saya juga tak pernah bekerja dengan Syafiq Yusof. Jadi, apabila dapat peluang ini memang tak nak tolak dan buat sehabis baik.

Saya berfikir juga sebelum terima sebab apabila nak bawa watak ustazah tentu sahaja kena tengok dan berbalik pada diri sendiri. Apabila kita melakonkan sesuatu watak, kita kena tengok juga faktor lain.

Mahu menjadi pelakon yang baik, anggota kumpulan De Fam ini mencabar diri membawa watak yang lain daripada lain. Tambah Azira lagi, pihak produksi ada menyediakan seorang guru yang mahir dalam bidang agama. Guru tersebut memantau dan membetulkan bacaan ayat al-Qurannya.

Sejujurnya ketika penggambaran ada guru yang banyak membantu saya yang mana dia banyak beritahu surah apa yang patut dan sesuai digunakan. Ada beberapa pilihan surah, tapi saya bawakan yang mana saya selesa dan sampaikan.

Apabila nak sampaikan dalam babak yang menggerunkan kita tak boleh baca seperti biasa, tentu saja jika ikut logik akan baca dalam keadaan menggigil dan ketakutan. Alhamdulillah, saya baca satu persatu ayat dan ada yang tolong betulkan sebab saya bukan mahir sangat.

Tidak mahu timbul isu yang tidak sepatutnya, Azira berkata guru banyak membantunya menjadi yakin untuk membawakan watak Ustazah Anna. Guru tersebut adalah pelajar dari Arab Saudi iaitu rakan Syafiq dan isterinya.

Mengenai penampilannya yang jauh berbeza dengan Ustazah Anna, Azira memohon orang ramai mendoakan semoga dia tampil berhijab suatu hari nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...