Semalam, kecoh di platform media sosial mengenai ikon permotoran, Haqiem Stopa yang didakwa ‘membeli’ pekerja usahawan dikenali ramai, Auntie Ja.
Lebih parah apabila pekerja tersebut dipercayai telah mengkhianati Auntie Ja dengan menjual resepi dessert kedai Suka Dessert kepada kafe milik Haqiem.
Isteri Hakim Stopa tampil bersuara
Susulan berstatus isteri kepada ikon permotoran itu, pempengaruh yang dikenali sebagai Aireena Sofia turut terkena tempias disebabkan isu ini dan menjadi tempat warganet melepaskan kemarahan, lagi-lagi ketika dirinya membuat live di platform TikTok, semalam.
Tidak mendiamkan diri, Aireena menyatakan dirinya sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan kafe milik suaminya dan berani membuat live kerana tahu tidak bersalah.
View on Threads
Saya tak tahu apa-apa, saya tak ada kaitan segala perbincangan. Ibarat saya dengan kafe ini tak ada apa-apa. Saya berani buat live sebab saya pertahankan nama saya, anak saya itu saja. Nak tanya lebih-lebih, korang tanya pemilik kafe.
Nak tengok suami berjaya bukan dengan cara macam ni..
Dalam pada masa yang sama, wanita itu turut berkata bukan rancangannya untuk membuka sebuah kafe ataupun melakukan sebarang hal yang tidak sepatutnya dilakukan.
Saya sebagai isteri saya nak tengok suami saya berjaya tapi bukan dengan cara macam ni. Bukan.
Disebabkan klip video tersebut telah tular di platform Threads, rata-rata warganet berasa kesian serta simpati terhadap Aireena kerana dia baru saja melahirkan anak.
Tetapi ada juga yang merasakan mustahil sebagai isteri, dia tidak tahu suami akan melakukan perkara tersebut.