Baru-baru ini pengarah Adrian Teh ada mengumumkan sebuah lagi filem aksi berkonsepkan tentera bakal menemui penonton yang bertajuk Bakara.
Filem yang dikatakan bakal memulakan penggambaran pada Jun 2021 itu khabarnya bakal dibintangi pelakon hebat seperti Remy Ishak, Bront Palarae, Alif Satar, Shaheizy Sam serta Hairul Azreen.
Sehubungan dengan itu, beberapa rangka promosi seperti foto ‘teaser’ filem itu telah dimuat naik oleh barisan pelakon-pelakon ini.
Namun, yang menarik perhatian adalah foto tersebut telah mengundang kritikan sesentengah pihak yang kurang senang melihat salah seorang pelakon utama filem itu iaitu Shaheizy Sam yang dilihat menggantung rokok elektronik di lehernya sambil menggayakan baju keramat iaitu seragam askar.
Tolong bgtau abang sam, dah pakai baju army jangan la sarung tali pod.
— Anna (@farhananazeri) August 10, 2020
Shaheizy Sam kemudiannya terpanggil untuk memberi respon mengenai teguran itu.
“Saya minta maaf. Akan diperbaiki di masa hadapan. Terima kasih atas teguran dan ingatan,”
Saya minta maaf. Akan diperbaiki di masa hadapan. Terima kasih atas teguran dan ingatan ???? https://t.co/3ynK3KldkO
— Shaheizy Sam Samad (@Shaheizy_Sam) August 13, 2020
Mengimbas kembali, pengarah tersohor Adrian Teh memberitahu bahawa dia dan krew produksi terpaksa menunda tarikh penggambaran filem Bakara kerana mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak pandemik COVID-19.
Anonymous
August 14, 2020 at 3:54 pm
tak ada hero lain ke selain si hairul pendek tu???tak suka tgk dia berlakon..berlakon filem wira pun ntah ape2…aksi berlawan cam bdk perempuan sparring dgn kwn je..no skill..
Sesiapa saja
August 15, 2020 at 3:03 am
Tak suka x pyh tgk.