Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kena Tegur Abai Kebersihan Ketika Buat Choco Jar, Uqasha Senrose Muncul Di IG Siap Bertudung Dan Pakai ‘Glove’

Uqasha Senrose

Jika sebelum ini pelakon Uqasha Senrose dikritik kerana dilihat telah mengabaikan kebersihan ketika menyediakan makanan ringan jualannya iaitu Choco Jar, tunang kepada pelakon Kamal Adli itu kemudiannya kembali memberi respon di Instagram Live-nya.

Meskipun ramai yang kagum melihatkan kesungguhan Uqasha menjalankan perusahaan makanan ringan itu bersama Kamal Adli, ada juga yang tampil menegur mengenai aspek pengendalian penyediaan makanan tersebut yang dilihat tidak mengikut cara yang betul.

Advertisement

“Based on video tu..kenapa tak pakai gloves (sarung tangan)? Pegang rambut lepas tu pegang telefon..lagi satu kenapa tak tuang terus dalam bekas saja? Kenapa kena daripada senduk ke jug tu? Lepas tu baru ke bekas..tak ke lambat?” tegur seorang pengguna media sosial.

Uqasha yang pada mulanya membalas komen individu tersebut kemudian muncul semula di Live Instagram dengan mengikuti panduan pengendalian makanan yang betul apabila mengenakan pelitup muka dan memakai sarung tangan.

Perkongsian Uqasha itu kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi pelbagai dan rata-rata memuji pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang tidak melatah dan marah-marah apabila dikritik sedemikian rupa.

 

Komen IG UqashaSumber : mStar Online  

“Bagusnya Uqasha..semalam ada terbaca pengikut tegur, hari ini terus cover rambut pakai glove..tak ada nak marah-marah, meroyan!” puji peminat.

Sekadar info, Uqasha kini sedang menjalankan perniagaan mengusahakan makanan ringan Choco Jar Homemade jenama Sweet & Coco sejak beberapa minggu yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top