Pelakon Datin Almy Nadia yang juga isteri kepada Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa berang apabila menerima mesej daripada individu yang membuat cabaran ingin melihat sama ada artis sombong atau tidak di media sosial.
Individu tersebut telah menghantar mesej di ruangan Instagram dan melihat sama ada seseorang artis itu membalas atau tidak mesej peminat. Namun begitu, perkara tersebut tidak disenangi Almy kerana individu ini seperti tidak memikirkan keadaan selebriti yang mempunyai tanggungjawab lain dan tidak menghadap telefon bimbit setiap masa.
Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah,37, turut merasakan bahawa mereka-mereka yang terlibat dalam cabaran ini seolah-olah tidak mempunyai kerja lain untuk dilakukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kini.
“Artis ini cari rezeki juga. Ini artis ada keluarga dik, ada kerja juga dik..bukan nak mengadap telefon 24 jam dik. Perlu ke buat cabaran ‘nak tengok artis mana yang tak sombong dik’. Disebabkan PKP 2.0 punya fasal, tak ada sanggup cari kerja yang tak masuk akal dik! Sorry to say, Okay kalau hampa jadi tempat kami apa hampa rasa ya?”
Pelakon filem Rasukan Ablasa ini telah berkongsikan perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya dan Fizz Fairuz turut memuat naik semula perkongsian tersebut di Instagram.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Almy merasakan individu tersebut hanyalah ingin mengejar populariti dengan melakukan perkara seperti itu supaya ia menjadi tular dengan cepat.