Pelakon terkenal, Jasmin Hamid meminta peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali dirinya untuk mendoakan kesihatan ibunya yang kini berada di hospital selepas terkena serangan jantung.
Jasmin menerusi akaun Instagram miliknya semalam telah memuat naik foto beliau bersama ibunya yang kini sedang terlantar di hospital.
As Salam semua. . pada semua saudara mara,sahabat, kenalan dan penyokong-penyokong saya yang saya kasihi dan sayangi. Pagi ini, sekali lagi mama saya kena serangan jantung (Heart attack).. dan di masukkan ke wad.
Mohon pada semua, doakan untuk mama saya agar cepat sembuh dan panjangkan umur mama saya terutama kepada yang mengenali mama saya. Maafkan segala salah silap mama saya dan halalkan makan minum mama saya selama ini, amin. #sad #mother #parents #doa
Tidak dapat dinafikan jelas kelihatan di air muka Jasmin bahawa kesedihan dan kebimbang menyelubungi dirinya sekarang. Tentu rasa sebak melihat insan yang kita sayangi dalam keadaan sebegitu.
Kami di BeautifulNara mendoakan agar Jasmin Hamid tabah dengan dugaan ini dan semoga ibunya dapat kembali pulih. Mari sama-sama kita doakan ya.