Seorang pengguna Threads berkongsi pengalaman mengejutkan selepas kali pertama bertemu dengan anak seseorang yang dikatakan berlagak di hadapannya.
Dalam ciapannya, dia menceritakan bahawa sebelum rakaman bermula, dia cuba untuk berlatih dan mengajak berbual secara santai, namun anak tersebut dilaporkan mengabaikannya sepenuhnya.
Ceritanya,
Bayangkan kau tanya soalan, dia jeling dan memandang ke tempat lain. Pengalaman terburuk.
Walaupun situasi itu berlaku, dia menegaskan bahawa dia tidak menyesal dengan pengalaman itu. Malah, dia melihatnya sebagai peluang untuk belajar dan menambah pengalaman dalam kerjaya.
Aku jammed. Kena sabotaj macam tu je tapi aku tak menyesal langsung. Sebab setiap kali bekerja, aku timba pengalamn baru. tambahnya lagi.
Dalam pada itu, netizen lain meninggalkan komen bagi menebak identiti pelakon berkenaan selain ramai menyebut ‘Anna Jobling’ memandangkan pelakon itu yang sedang tular dek bersengketa dengan ibunya kini.
Mungkin ada sebab pelakon berkenaan berkelakuan seperti itu.