Jika anda penggemar drama indi tempatan, pasti mengenali susuk tubuh pelakon berbakat ini iaitu Amerul Affendi. Berilah apa saja watak untuk dibawa dalam sesebuah drama, sudah pasti akan dipersembahkan dengan hasil yang terbaik.
Namun, walaupun berbakat di medan seni lakonan, jarang sekali untuk kita lihat kelibatnya dalam mana-mana drama ‘mainstream’ yang ditayangkan ketika ini.
Menurut Amerul, ramai pihak terutamanya stesen Televisyen tidak mahu mengambilnya berlakon selagi pengikut di laman instagram miliknya tidak mencapai lebih 500,000 pengikut.
Disebabkan itu, pemilik nama Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi ini tampil bertanyakan kepada netizen tentang apa yang harus dia lakukan memandangkan dia enggan menggunakan jalan pintas dengan membeli ‘followers’ di Instagram.
IG baru ada 100k followers.
Maknanya lambat lagi lah station tv nak ambik berlakon dalam produksi mereka. Sebab depa kata 500k baru dipertimbangkan.
Nak beli follower kang saya rasa menipu pihak station tv pulak. Bukan ke tu berdosa?
Jadi apa patut saya buat? ?????????? pic.twitter.com/F9dZfUYZYR
— Perakam Sejarah (@Amerul_Affendi) July 24, 2020
Dia meluahkan perasaan tersebut menerusi ruangan twitternya dan ternyata telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memang sudah sedia maklum mengenai kehadiran Amerul di bidang lakonan industri tempatan.
Sebelum ini, Amerul pernah meluahkan kekecewaan apabila namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen TV kerana tidak mempunyai kriteria yang dikehendaki.
Namun, peminat yang menghargai bakat lakonan Amerul tampil memberikan semangat malah turut mendapat perhatian rakan artis seperti Bront Palarae dan Sharifah Amani.
This is why you have to follow your favourite actors on instagram. Not enough followers = No job = Not enough money to take care of your family. Ye tak masuk akal tapi benda nie memang terjadi. ?? https://t.co/zBSkFb4DLs
— Sharifah Amani (@sharifahamani) July 25, 2020
Amerul Affendi sebelum ini pernah mencipta kejayaan di Anugerrah Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) pada tahun 2019 lalu dengan menggondol trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Crossroads : One Two Jaga.
Sumber : mStar Online