Penjam cilik penjam cilik, sudah dua bulan pasangan selebriti, Janna Nick dan Dini Schatzmann mendirikan rumah tangga bersama.
Difahamkan, pada sekitar penghujung bulan ini, pasangan tersebut bakal berpindah ke rumah baru yang dibeli di kawasan Kuala Lumpur.
Kata Dini, kini dia serta isteri perlu lebih bekerja keras mencari duit kerana sudah terlalu banyak duit digunakan untuk majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada Jun lalu.
View this post on Instagram
Fokus sekarang, selain berpindah ke rumah baharu, saya dan Janna perlu bekerja keras sebab duit dah banyak keluar ketika berkahwin.
Menurutnya lagi, antara sebab mereka perlu bekerja keras mencari duit kerana mungkin di masa akan datang dikurniakan cahaya mata, jadi ia sememangnya memerlukan duit.
Dalam pada masa yang sama, Dini yang ditemui oleh pihak wartawan sewaktu sidang media Malbatt: Misi Bakara turut berkata kehidupannya selepas bergelar suami masih seperti sebelum ini dan tiada yang berubah.
Sekadar info, Janna Nick dan Dini Schatzmann disatukan pada 10 Jun lalu di sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Aisyah, Pulau Langkawi, Kedah.