Seorang pelancong asing berkongsi pengalaman hitam dalam hidupnya ketika melancong ke Malaysia dan ia membuatkan dia berasa tawar hati untuk kembali lagi.
Menerusi Reddit, dia menceritakan tentang kejadian tersebut dan mendakwa dia telah diperas ugut oleh polis peronda berjumlah ribuan ringgit.
Dakwanya, kejadian tersebut berlaku di kawasan Pudu baru-baru ini dan polis peronda tersebut memberikan alasan tidak munasabah.
Bercerita lebih terperinci, kata pelancong itu dia sedang berjalan dari restoran untuk pulang ke restoran sebelum tiba-tiba diberhentikan oleh dua polis peronda.

Gambar hiasan
Minta beg galas dan kosongkan poket
Dua polis tersebut kemudian didakwa mengarahkan pelancong itu menyerahkan beg galas dan mengosongkan poket serta mengumpulkan pada motosikal polis tersebut tanpa menunjukkan waran atau sebab mereka melakukan itu.
Tambahnya, beg galas itu hanya mengandungi tablet dan sabun badan dan mereka kemudian meminta izin untuk mengakses gajet tersebut.
Selepas ternampak saluran Telegram dengan isi kandungan dewasa dan aplikasi kripto, dua polis tersebut didakwa menjadikan perkara itu sebagai isu besar.
Mereka nampak berapa banyak kripto saya ada dan cuba menfitnah saya sebagai pengubahan wang haram kripto dan penipuan dan berkata mempunyai akaun kripto adalah haram.

Gambar hiasan
Saja takutkan
Dia juga mendakwa dua polis itu cuba menakutkannya dengan menyatakan kos mahkamah boleh mencecah $10,000 (~RM44,585.58) dan boleh disabitkan dengan pelbagai akta lain.
Katanya, ketika itu dia berasa panik kerana pertama kali berdepan dengan polis dalam hidupnya apatah lagi diperiksa pada jam 3 pagi.
Mereka bawa saya ke lorong dan meminta $400 (RM1778), jumlah $800 (RM3556) untuk dua pegawai. Mereka bawa saya dengan motosikal ke hotel kemudian beri saya kad hotel dan mengarahkan saya ambil duit dalam tempoh 5 minit.
Dia kemudian mengikut arahan dan memberi wang tersebut sebelum diberikan semula barangannya yang dirampas dua pegawai itu.
Meskipun tahu kejadian itu hanya berlaku kepada segelintir individu dan di negara lain namun ia memberi kesan mendalam terhadapnya.
Saya TAK AKAN melawat Malaysia lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.