“Kena Minta Restu Ibu Bapa Rose..” – Ezzrin Loy Dikatakan Bercinta Dengan Sharifah Rose, Akhirnya Mengaku Ada Hubungan?

Hiburan

“Kena Minta Restu Ibu Bapa Rose..” – Ezzrin Loy Dikatakan Bercinta Dengan Sharifah Rose, Akhirnya Mengaku Ada Hubungan?

Sering dikaitkan dengan personaliti media sosial, Sharifah Rose, adik kepada pelakon Elfira Loy, akui telah lama mempunyai hubungan persahabatan selepas berlakon bersama dalam drama bersiri Ku Punya Hati.

Namun, bila ditanya tentang seberapa erat hubungan mereka berdua, Ezzrin Loy tidak mahu menjawab dengan lebih dalam, memikirkan hati dan perasaan Rose serta keluarga yang perlu dijaga.

Advertisement

Kalau saya nak keluarkan apa-apa kenyataan, kena minta izin ibu bapa Rose dulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Ezzrin Loy (@ahmadezzrinloy)

Bagi gambar mereka berdua yang pernah dimuat naik, ujar Ezzrin, itu hanyalah aktiviti camping bersama beberapa rakan yang lain. Tujuan hantaran itu dikongsi hanyalah sebagai memori.

Di masa yang sama, pelakon yang berumur 26 tahun ini turut berkata dirinya kurang selesa apabila video ‘berduaan’ bersama Rose di shopping mall tempoh hari tular. Katanya, ketika itu mereka bersama rakan yang lain keluar makan tengahari beramai-ramai.

Rakam senyap-senyap, itu privasi orang, tak patut disebarkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Ezzrin Loy (@ahmadezzrinloy)

Sebelum ini, hubungan Ezzrin Loy dan Sharifah Rose mula menarik perhatian warganet tetapi sering dinafi bersama. Namun, kebelakangan ini, Rose pula akui sedang mengenal hati budi seseorang.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rose
1 year ago

"Single But Not Available" - Dalam Fasa 'Talking Stage', Sharifah Rose Akui Sedang Berkawan Dengan Usahawan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...